Meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini namun Neelofa tidak pernah melupakan tanggungjawab beliau dalam usaha menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) telah melancarkan beberapa program infaq yang menyasarkan pemberian bantuan kepada golongan kurang bernasib baik. Program infaq itu termasuk Infaq Yaman, Infaq Quran, Infaq Rehal, Infaq Kasih Ummah (Susu Nilofa) dan Program Qurban 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Selain itu, kita juga ada program infaq yang lain seperti Infaq Jumaat, Infaq Pendidikan dan Infaq Masjid yang juga boleh orang ramai sumbangkan.

“Kepada mereka yang sudi, dana boleh disalurkan menerusi portal Kasih Neelofa, di situ sudah ada semua kategori infaq dan orang ramai boleh pilih kategori mana satu yang mereka ingin menyumbang,” jelas Neelofa ketika ditemui pemberita Astro Awani pada Sabtu semasa majlis pelancaran program ini di ibu negara.

Dalam pada itu, program Iftar Box dan Food Box turut dilancarkan. Pek-pek berisikan makanan dan kotak makanan asas akan diedarkan kepada penghuni rumah kebajikan dan rumah perlindungan, madrasah serta penduduk yang memiliki rumah taraf kos rendah.

“Situasi COVID-19 ketika ini memerlukan keprihatinan kita. Dapat dilihat, ramai yang terjejas.

“Selaku pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan (NGO), saya berharap lebih ramai individu atau badan korporat yang turut sama membantu mereka yang lebih memerlukan di luar sana,” ujar Neelofa lagi.

Semoga usaha Neelofa untuk membantu golongan yang memerlukan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan hendaknya. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia.

Sebelum ini, Neelofa telah memohon maaf secara kerana tidak beri contoh yang baik. Baca lagi pada pautan di bawah ini.

Akui Tidak Beri Contoh Yang Baik, Neelofa Tampil Dengan Permohonan Maaf Secara Terbuka

Neelofa Antara Penerima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

 

Sumber