Instagram pada mulanya diperkenalkan sebagai platform buat orang ramai berkongsi kegembiraan melalui perkongsian gambar. Platform ini berjaya menarik perhatian ramai berikutan cara penggunaannya yang mudah serta fungsi yang tersedia padanya. Begitu juga dengan platform media sosial yang lain seperti Facebook dan Twitter.

Disebalik peningkatan pengguna, Instagram juga dilaporkan sebagai platform media sosial paling bahaya menurut laporan daripada Quartz. Masalah melibatkan buli siber antara yang membuatkan pengguna yang terkesan mengalami masalah kurang keyakinan diri disebabkan cemuhan serta komen negatif daripada pengguna lain.

Dalam usaha menjadikan Instagram sebuah platform yang sihat, Kevin Systrom selaku CEO kepada Instagram telah melakukan beberapa perubahan. Bermula dengan fungsi filter untuk mengelak daripada komen berunsur lucah atau negatif dipaparkan, kini filter ini telah diperluaskan kepada beberapa bahasa yang lain.

Terbaru, pengguna berpeluang untuk mengehadkan individu yang berpeluang untuk meletakkan komen di Instagram mereka. Dalam erti kata lain, pengguna Instagram boleh mengehad sama ada ruangan komen dibuka untuk umum, followers atau rakan terdekat sahaja.

instagram-tips-block-random-followers_2-100652895-orig

Buat anda yang merasakan Instagram anda tidak cukup privasi, langkah mudah yang boleh anda lakukan adalah set akaun anda kepada private serta tapis pengguna yang mahu menjadi follower anda. Selain itu anda juga perlu disiplinkan diri untuk lebih berhati-hati berkongsi gambar atau video kerana dikhuatiri bakal mengudang komen yang negatif.