Sekiranya anda selalu terfikir mengapa gambar yang anda tangkap dari iPhone tidak secantik yang anda lihat, ini mungkin disebabkan cara anda memegang telefon.

Kebiasaannya, orang ramai akan menangkap gambar secara menegak (vertical) disebabkan begitulah caranya kita menggunakan telefon bimbit untuk kegunaan-kegunaan lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi cara begini tidak akan mencipta sekeping gambar yang menarik.

Cara yang lebih baik, adalah untuk menangkap gambar dengan keadaan melintang (horizontal).

Ini adalah kerana, apabila anda mengambil gambar secara melintang, anda dapat menangkap lebih banyak apa yang anda lihat. Ia memberikan kanvas yang lebih luas berbanding dengan cuba memuatkan semuanya dalam satu frame tegak yang kecil.

Dan terdapat juga rule of thirds.

Prinsipal asas ini memecahkan satu imej kepada bahagian berbeza dengan 3 bahagian menegak dan 3 bahagian melintang.

Grid ini menjadi frame dengan 4 garisan bersilang yang membantu jurugambar untuk mendapatkan bahagian-bahagian penting. Objek mestilah berada sedekat yang mungkin dengan 4 garisan atau titik persimpangan, kerana menurut kajian, ia adalah perkara pertama yang akan dilihat apabila seseorang melihat gambar.

rule-of-third

Meletakkan bahagian penting gambar pada empat titik ini juga akan mencipta gambar yang lebih seimbang.

Berikut adalah beberapa gambar melintang yang menggunakan rule of thirds:

melintang01
Business Insider
melintang02
Business Insider
melintang03
Business Insider

Dan berikut adalah bagaimana gambar-gambar di atas akan kelihatan, sekiranya diambil secara menegak:

menegak01
Business Insider
menegak02
Business Insider
menegak03
Business Insider

Banyak perbezaannya!

BACA: Tingkatkan Kemahiran Fotografi Telefon Pintar Anda Dengan 8 DIY Hack Ini

BACA Lagi: Fotografi Indah Dari Kamera Konvensional, Fotografer Ini Habiskan 12 Tahun Rakam Janin Membesar

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram