Memiliki rupa paras yang cantik dan pengikut yang ramai, mana-mana syarikat terkenal pastinya akan berebut dan mahu melantik Mira Filzah sebagai duta untuk melariskan serta menyakinkan keberkesanan produk mereka kepada pengguna.

Akan tetapi, disebabkan kecantikan yang beliau miliki, ada juga perunding kecantikan yang sanggup mempergunakan nama Mira Filzah kononnya beliau tampil sebagai duta untuk melariskan produk kecantikan yang mereka jual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @immajue yang juga merupakan perunding kecantikan disyaki telah mempergunakan nama Mira Filzah untuk melariskan jualan produk kecantikan yang dipromosikan menerusi satu kiriman ciapan akaun Twitter miliknya.

photo_2021-05-07_12-16-25

“Mira Filzah pun guna produk ini, guys,” antara kapsyen yang selamba ditulis oleh perunding kecantikan itu.

Meskipun ciapan tersebut tidak tular dan mempunyai bilangan tanda suka serta ulang kicau yang sedikit namun selebriti Mira Filzah secara kebetulan terbaca kiriman ciapan yang ditulis oleh @immajue. Setelah itu, Mira Filzah dengan tenangnya membalas dalam ruangan komen pada ciapan tersebut.

https://twitter.com/MFMiraFilzah/status/1390248899244224513?s=20

Mira Filzah membalas dan mendakwa yang beliau tidak menggunakan produk kecantikan tersebut. Setelah ditegur Mira Filzah, perunding kecantikan itu secara automatiknya telah memadam akaun Twitternya. Lantaran itu, rata-rata netizen juga melontarkan komen berhubung dengan isu ini.

Berniaga itu biarlah ikhlas dan rezeki tidak akan berkat sekiranya kita menipu dalam urusan perniaagaan. Semoga @immajue sedar dan tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukan berhubung dengan kes ini.

Influencer jelaskan perkara sebenar selepas dituduh aniaya artis dan anak yatim untuk promosi produk.

Influencer Ini Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Dituduh Aniaya Artis Dan Anak Yatim Untuk Promosi Produk

Belum Selesai Isu ‘Reseller’, Jenama Sambal Di China Gunakan Nama Khairulaming Untuk Lariskan Produk

Zarina Anjoulie Heret Facebook Ke Mahkamah, Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber Dan Fitnah

Sumber