Antara pengumuman yang menarik perhatian ramai ketika Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam adalah peningkatan peruntukan untuk e-Sukan kepada RM20 juta. Ianya memperlihatkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun hadapan iaitu RM10 juta.

“Kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf potensi tinggi e-Sukan dan akan meningkatkan peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun 2020. Kerajaan mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan Malaysia dan semoga memenangi sebanyak mungkin pingat emas Sukan SEA di Manila pada bulan Disember 2019” kata menteri tersebut.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Peruntukan tersebut pastinya dapat meningkatkan lagi pembangunan sukan elektronik di Malaysia yang berkembang maju sejak dua tahun kebelakangan ini. Tambahan lagi, E-sukan kini sudah menjadi salah satu acara rasmi untuk sukan SEA pastinya peruntukan sebegini dapat digunakan untuk melatih para atlet dengan sebaiknya sekaligus melahirkan lagi atlet e-Sukan berbakat dari Malaysia.

Lagi artikel menarik berkenaan dengan Belanjawan 2020 untuk bacaan anda.

Insentif #MalaysiaKerja Diperkenalkan Tawar Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia 18 Tahun Ke Atas Bakal Dikreditkan RM30 Dalam ‘E-Wallet’

Anda Mungkin Suka