Di saat rakyat negara lain menagih bantuan kesihatan, rakyat di Bangladesh dilaporkan lebih rela ‘mati di rumah’ berbanding di hospital. Pilihan yang dibuat rakyat Bangladesh ini nyata mengejutkan orang ramai seluruh dunia selepas negara ini mencatatkan 180,000 kes secara keseluruhan dan sekitar 3,000 kes sehari.

Meskipun mencatatkan jumlah kes yang tinggi setiap hari, hospital di Bangladesh setakat ini dilaporkan mempunyai jumlah pesakit yang sangat rendah berbanding jumlah katil di hospital.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di ibu negara Dhaka sahaja, difahamkan sebanyak 4,750 daripada 6,305 katil hospital yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 tidak digunakan. Bukan itu sahaja, hospital lapangan yang dibina khas untuk pandemik COVID-19 sekadar mengisi 100 katil daripada 2,000 katil yang disediakan.

tl-hosp-110720
Sumber: AFP

Daerah lain di Chittaggong selaku bandar kedua terbesar pula turut menunjukkan trend yang sama dimana hampir separuh katil yang disediakan untuk pesakit di hospital tidak digunakan meskipun 80% kes daripada lebih 87,000 kes aktif datang dari dua bandar utama ini.

Punca rakyat Bangladesh tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital
Iftikher-QA
Sumber: directrelief

Mengulas mengenai pemilihan rakyat Bangladesh yang tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital, difahamkan tabiat rakyat yang terlalu takut untuk ke hospital antara yang membuatkan peningkatan kes COVID-19 di Bangladesh.

Rakyat di Bangladesh juga dilaporkan lebih selesa untuk mendapatkan rawatan di rumah berbanding di hospital yang lengkap dengan fasiliti bagi merawat para pesakit.

Persepsi rakyat Bangladesh mengenai hospital di negara mereka juga dikatakan sangat negatif dimana rakyatnya sendiri kurang yakin dengan kemampuan hospital serta para doktor.

Buat golongan elit dan kaya di Bangladesh, mereka dikatakan lebih selesa untuk mendapatkan rawatan di Thailand atau Singapura. Walau bagaimanapun, disebabkan wabak COVID-19 yang melanda, golongan ini terpaksa akur dengan perintah yang ditetapkan.

Melihat kepada trend semasa di negara tersebut berdasarkan sikap rakyat Bangladesh, negara ini berkemungkinan besar memerlukan masa yang agak panjang bagi memutuskan rantaian COVID-19 sepenuhnya.

Situasi yang sedikit berbeza di Amerika Syarikat dimana negara ini sudah bersedia membuka semula Disney World meskipun mencatat lebih 60,000 kes sehari.

Catat Lebih 60,000 Kes Sehari, Amerika Syarikat Sedia Buka Semula Disney World

Lebih Bahaya Daripada COVID-19, China Keluarkan Amaran Kewujudan Virus Baharu

Sumber