Terdahulu, tular di media sosial dimana seorang pesakit kanser yang sanggup menerima tempahan khat untuk menanggung kos perubatannya sendiri kini telah kembali bertemu Sang Pencipta.

Mohd Izzudin merupakan seorang guru yang mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat dari atas katil hospital bagi menampung kos rawatan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), 8.05 malam tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Isteri beliau, Suzana, memberitahu doktor mengesahkan suaminya meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru.

SUMBER: FACEBOOK MIRA JAMAL JAYKAY

“Saya minta maaf. Sesiapa yang sudah membuat bayaran untuk tempahan tag nama, saya akan pulangkan semula wang mereka. Mereka yang sudah mendapat tag nama, itulah kenangan ditinggalkan,” itu luahan  isteri kepada pesakit kanser limfoma, Mohd Izzudin Zainal.

Allahyarham Mohd Izzudin meninggalkan dua cahaya mata lelaki iaitu Sulaiman yang berumur 5 tahun dan Isa berumur 3 tahun. Jenazah akan disempurnakan dan disembahyangkan di Masjid Al-Khadijah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, pagi ini.

Semoga roh arwah Izuddin dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Diharap kisah Cikgu Izuddin ini menjadi inspirasi dan teladan buat kita semua.

Anda boleh membaca artikel berkaitan Cikgu Izuddin pada pautan di bawah.

Lelaki Hidap Kanser Tidak Putus Asa, Ambil Tempahan ‘Nametag’ Khat Tampung Kos Perubatan

Bapa Botakkan Kepala Sendiri Demi Anak Yang Menghidap Kanser Tulang

Wanita Ini Kongsi Kisah Pengorbanan Ayahnya Yang Sanggup Jadi ‘Eksperimen’ Untuk Rawatan Kanser

Sumber