Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pesalah yang ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mula ditempatkan di 13 akademi penjara yang telah diwartakan kerajaan.

Menurut beliau, keputusan untuk menjadikan 13 akademi penjara sebagai pusat tahanan itu telah dipersutujui dalam mesyuarat kabinet sebelum ini. Pengumuman itu dibuat sejurus bermulanya fasa ketiga PKP hari ini yang akan berakhir pada 28 April nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Sekarang timbul isu sebab terlalu ramai yang ditangkap, kita kurangkan (tindakan mengenakan) kompaun dan apabila (mereka) dibawa ke mahkamah maka timbul isu iaitu penjara akan sesak dan pastinya penjarakan sosial tidak dapat dilaksanakan.

“Oleh itu, mesyuarat Kabinet telah putuskan iaitu supaya KDN mewartakan 13 akademi penjara sebagai pusat tahanan yang baharu untuk pesalah ingkar PKP dan yang berkaitan,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani. 

Tambah beliau lagi, mereka yang ditahan kerana kesalahan berkait PKP juga akan menerima proses undang-undang dan peraturan yang sama dengan pesalah jenayah lain.

“Ia tetap mengikut SOP penjara biasa. Perkara lanjut mengenai perundangan dan sebagainya akan dibincangkan oleh PDRM, Peguam Negara dan Jabatan Penjara,” jelasnya.

Pesalah ini juga menurut mereka tidak akan diberikan sebarang keistimewaan ketika berada dalam pusat tahanan yang telah disediakan ini seperti makanan mewah dan sebagainya.

Disaat ramai yang mengharapkan agar PKP yang dilalui ketika ini berakhir, saintis dari Eropah pula memberikan bayangan amalan ‘social distancing’  mungkin perlu diamalkan sehingga beberapa tahun mendatang. Klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian kami sebelum ini.

Saintis Jangka Penjarakan Sosial Perlu Diteruskan Hingga Tahun 2022

Netizen Dakwa Warga Myanmar Ingkar Arahan PKP Dan Sambut Songkran Di Malaysia?

Sumber