Nota Editor: Pesanan ini ditulis oleh Tuan Hilal Alias, seorang perunding hartanah senior di Weise Property. Semoga pesanan ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan bergerak ke hadapan.

Pesanan saya untuk rakan-rakan yang baru pencen, pencen awal dan sesiapa yang ingin berhenti kerja dan mulakan bisnes.

1) Jangan terlibat dengan skim cepat kaya atau apa-apa skim yang anda sendiri tidak tahu duit anda ke mana. Saya tahu duit anda tengah banyak sekarang dan mungkin mudah kelabu mata. Duit anda boleh hangus sekelip mata jika tersalah langkah.

2) Kalau nak buat bisnes, carilah bisnes yang kita tahu, jangan mudah terikut-ikut dengan orang lain. Carilah bisnes yang telus dan cubalah berguru dengan mereka yang lebih arif.

3) Jika tiada modal yang banyak, eloklah sertai ejen takaful, ejen hartanah, ejen unit trust. Modal untuk bisnes ini adalah diri anda.

4) Jangan mudah percaya kepada orang lain apabila melibatkan duit. Jangan percaya dengan kereta mewah, kehidupan mewah, realitinya orang yang menunjuk kemewahan ini hanyalah menanggung hutang. Ramai orang hilang duit disebabkan terlalu ghairah mencari duit.

5) Akhir sekali, jika sukar sangat cari bisnes yang sesuai, simpanlah duit dahulu. InsyaAllah masa yang sesuai akan datang. Bisnes paling mudah adalah bersedekah.

InsyaAllah.

BACA: Lelaki Ini Senaraikan 17 Persediaan Sebelum Berhenti Kerja Untuk Berniaga. #8 Paling Penting

BACA Lagi: Senyum, Ini Jawapan Bernas Bagi Penjawat Awam Yang Ingin Berhenti Kerja

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤