Jika diperhatikan di zaman serba moden ini nilai sopan santun dan saling menghormati di dalam masyarakat kita sedikit demi sedikit mulai terhakis.

Situasi ini sangat berbeza jika di bandingkan dengan zaman nenek moyang kita dahulu yang kaya dengan adab, sopan dan rasa hormat terhadap orang lain.

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Kata pengasas Air Asia, Dato’ Tony Fernandes, budak sekolah – ajarkan mereka bermain dan berkawan dengan bersungguh-sungguh!

Tuan Zamri Mohamad, seorang penulis buku dan literary agent (Bahasa Melayu) menghuraikan dengan lebih jelas apakah maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh pengasas Air Asia itu.

“Budak sekolah – ajarkan mereka bermain dan berkawan dengan bersungguh-sungguh!”

Apa maksudnya?

Pendidikan pagi sehingga malam, dari sekolah, tuisyen dan kelas di rumah itu jangan sampai membunuh sifat manusia mereka dalam kedua-dua elemen itu.

Itulah insuran sosial mereka, belajar membina hubungan tanpa kepentingan.

Apabila mereka dewasa mereka tahu membina rangkaian yang berkualiti dalam kerjaya.

Bukan menjadikan mereka robot mencipta banyak A dan pandai mengalahkan budak lain dengan jumlah A.

Situasi itu sudah kita lihat di pejabat, sesama pekerja bersaing mengalahkan dan menekan orang lain melalui pangkat dan pendidikan yang dimiliki.

Pada zaman universiti, kita boleh kira dengan jari, berapa ramai pelajar IPT yang memberi salam dan senyum kepada para kakitangan yang membersihkan kelas, membuang sampah makanan pelajar di kafeteria, apatah lagi memohon izin mereka melintasi di hadapan ketika mereka sedang bekerja.

Itu tanda-tanda kegagalan pendidikan insuran sosial.

Memberi salam kepada mereka yang memberikan CGPA tetapi bukan yang mencuci kelas untuk keselesaan pelajar itu sendiri.

Apabila memasuki dunia kerja, memohon kerja dengan gaji tinggi seolah-olah memberitahu, “Nilai saya tinggi…”

Hakikatnya kegagalan mereka sangat besar ditampung dengan nombor yang cantik pada CGPA sahaja. Ditambah lagi input dalam fikiran pun tidak dapat mencerna idea baru yang memberi nilai ganda 200 peratus kepada organisasi.

Ujian adab dengan ‘makcik cleaner’ di universiti pun tidak lepas!

Kerana pada waktu kecil ibu-bapa memberi beban pendidikan individu berbanding pendidikan komuniti.

Selepas bersara daripada jawatan tinggi, mereka tidak ada kawan yang betul-betul di sisi mereka.

Apatah lagi rakan (surah) Yassin mereka, entah ada atau tidak.

———————–

Ps : Oh, ayat last tu paling sentap.

Credit : Tuan Zamri Mohamad, dengan izin

Like The Vocket di Facebook, klik sini.

Anda Mungkin Suka