Seorang pramugari AirAsia Thai terpaksa berdepan dengan situasi malang ketika dia menghidangkan mi segera bersama air panas yang dipesan oleh seorang penumpang wanita warga China ketika dalam penerbangan Bangkok, Thailand ke Nanjing, China.

menu flight FD
Menu In-Flight AirAsia FD Oktober-Disember 2014

Penumpang China Mengamuk

Media China melaporkan penumpang wanita itu dengan sengaja menyimbah air panas bersama mi segera ke muka pramugari tersebut. Tindakan penumpang wanita berusia lingkungan 20-an itu menimbulkan kekecohan di dalam pesawat AirAsia FD9101 yang disewa khas oleh satu rombongan warga China seramai 174 orang bagi penerbangan ke Nanjing, China dari Bangkok, Thailand.

airasiathai 1
Pramugari disimbah dengan air panas dan dikasari oleh penumpang warga China

Mahu Bunuh Diri Dan Letupkan Pesawat

Selepas itu, penumpang wanita itu menyatakan mahu membunuh dirinya dengan mengugut untuk terjun dari pesawat.

Keadaan bertambah genting apabila teman lelaki penumpang wanita itu turut mengugut mahu meletupkan pesawat berkenaan. Ugutan tersebut dirakam oleh salah seorang penumpang pesawat di sini:

Kecederaan Pramugari Tidak Serius

Sementara itu, pramugari yang dikasari itu menerima bantuan kecemasan dari rakan-rakan sekerja. Tindakan pantas itu menyebabkan pramugari itu tidak mengalami kecederaan serius.

aa1

Pasangan Penumpang Ini Marah-marah Sebelum Kejadian

Menurut kenyataan penerbangan tambang murah AirAsia Thai yang dilaporkan oleh Sinar Harian, penumpang dari China menyewa penerbangan ke Nanjing memarahi kru pesawat sebelum menyimbahnya dengan air panas.

aa5
Pramugari AirAsia Thai cuba mengawal keadaan

Kapten dan anak kapal kemudiannya memujuk penumpang berkenaan untuk berbincang di pejabat lapangan terbang selepas mendapati perbuatannya boleh mengancam keselamatan pesawat.

a1
Pasangan itu bertenang setelah penumpang lain masuk campur

Punca Kejadian Sebenar

Kejadian dipercayai berpunca apabila tempat duduk pasangan berkenaan diletakkan berjauhan kerana disusun mengikut abjad bagi semua penumpang rombongan tersebut.

Menurut laporan The Nanfang Insider, pramugari AirAsia telah memberikan kerjasama kepada pasangan tersebut dengan menempatkan mereka duduk bersebelahan tetapi mereka masih bising dan tidak berpuas hati.

Lalu, terjadilah tragedi malang ini sehingga juruterbang pesawat memutuskan untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK), Bangkok, Thailand demi keselamatan penumpang lain dan 4 orang anak kapalnya.

Di Lapangan Terbang Don Mueang

Sejurus mendarat di lapangan terbang, pasangan kekasih itu ditahan polis bersama dua rakan mereka ke balai polis lapangan terbang. Kapten dan pramugari turut turun dari pesawat untuk berbincang perihal penyelesaian.

Tetapi sebelum itu, penumpang wanita itu tidak mahu bangun dan menangis teresak-esak sambil menyatakan dia alami depresi. Manakala penumpang lelaki itu pula berkata dia tidak faham bahasa Thailand dan tidak mahu ikut polis.

Kesudahannya, mereka dibawa turun secara paksa oleh polis Thailand.

a6
Polis Thailand membawa keluar penumpang-penumpang yang terlibat dalam kejadian berkenaan

Solusi Insiden Berakhir Dengan Bayaran Pampasan

Jurucakap AirAsia Thai berkata, insiden berkenaan selesai selepas perbincangan bersama kapten pesawat dan pramugari terbabit selepas mencapai ‘kesimpulan secara baik’. Keempat-empat penumpang itu telah dibenarkan menaiki semula pesawat yang berlepas kira-kira lima jam selepas waktu pelepasan asal selepas penumpang wanita itu bersetuju untuk membayar sejumlah pampasan kepada pramugari tersebut.

20141212093740835
Perbincangan berlaku selepas mereka dibawa keluar dari pesawat

Ini Bukan Kejadian Kali Pertama Yang Melibatkan Warga China!

The Bangkok Post report said incidents involving angry outbursts by Chinese tourists have prompted Beijing to issue guidelines on behaving abroad. In 2013, China’s National Tourism agency released a 64-page illustrated guide for how citizens should behave when they travel abroad. The guide recommended things like avoiding nose picking in public, snapping at people, and peeing in pools, according to AFP.

LIKE Facebook The Vocket