Sebelum ini, kita sering mendengar tentang isu powerbank meletup di seluruh negara. Beberapa rekod kematian telah dicatat disebabkan letupan oleh powerbank ini.

Baru-baru ini, sebuah pesawat AirAsia yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong pada 25 Disember lalu menjadi kecoh dan terganggu apabila powerbank salah seorang penumpang pesawat terbabit meletup ketika beliau sedang mengecas telefon bimbitnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lelaki berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan pada tangan kiri dan paha. Manakala, pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Tan Son Nhat di Vietnam.

Sumber: Vietnam Real Estate

Penumpang yang tercedera menerima bantuan perubatan segera dari pasukan perubatan kecemasan Tan Son Nhat dan dipindahkan ke hospital Cho di Daerah 5, 8 kilometer daripada lapangan terbang tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa Vietnam telah menjalankan siasatan tentang kejadian tersebut dan mendapati bahawa powerbank yang digunakan oleh mangsa merupakan powerbank yang tidak mempunyai jenama.

Diharapkan perkongsian ini membuatkan anda berfikir dua kali ketika ingin membeli powerbank murah. Lebih baik beli powerbank yang berjenama dan asli, ianya mungkin sedikit mahal tetapi ianya terjamin lebih selamat dan tidak membahayakan nyawa.

Dikepilkan beberapa artikel berkenaan powerbank yang boleh dijadikan bahan bacaan anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Ini Sebab Mengapa Anda Perlu ‘Hand Carry’ Powerbank Ketika Penerbangan

Belum Mampu Membeli, Remaja 14 Tahun Ini Hasilkan ‘Powerbank’ Buatan Sendiri Untuk Abangnya

Cara Mengira Anggaran Keupayaan ‘Powerbank’ Mengecas Gajet Anda