He Chao, juruterbang pesawat Airbus 320 di Shanghai, China bergelar jutawan selepas menerima ganjaran wang sebanyak 3juta Yuan (RM1.8juta) dari syarikat penerbangan China selepas kapal terbang hampir berlanggar pada 11 Oktober lalu.

He Chao, juruterbang China Eastern Airlines He Chao, juruterbang China Eastern Airlines

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ganjaran itu adalah tanda penghargaan syarikat penerbangan China Eastern Airlines (CEA) terhadap tindakan tangkas He Chao dalam menangani kemungkinan perlanggaran antara 2 pesawat Airbus di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao pada jam 12.04 petang.

Kejadian berlaku ketika pesawat Airbus A320 yang dikendalikan He Chao bersedia untuk berlepas terpaksa mempercepatkan kelajuan kapal terbangnya apabila kelihatan sebuah lagi pesawat Airbus A330 CEA yang baru sahaja mendarat berada di landasan yang sama.

Pada waktu itu, pesawat He Chao telah bergerak laju kira-kira 240km/j. Dia nekad untuk terus terbang kerana yakin dia tidak akan berjaya memberhentikan pesawatnya dengan kelajuan tersebut. Jarak antara badan pesawat Airbus A320 dengan bahagian atas Airbus A330 ialah 19 meter (62 kaki) sewaktu ia melepasinya.

Keputusan He Chao itu telah menyebabkan dia digelar hero kerana menyelamatkan 413 penumpang dan 26 anak kapal kedua-dua pesawat daripada insiden buruk. Dia diberi ganjaran wang bonus oleh syarikat penerbangannya yang menyebabkan dia bergelar jutawan.

Kejadian ini berpunca dari kecuaian pegawai kawalan trafik udara. Oleh itu, pihak berkuasa penerbangan China, CAAC telah menarik balik lesen dua pengawal trafik udara yang bertugas pada waktu kejadian dan menghukum 13 pegawai kawalan trafik Biro Pengawalan Eastern China Air.

Buat pengetahuan anda, ini bukan kejadian pertama berlaku di landasan kapal terbang.

Pada 1977 telah berlaku perlanggaran antara dua Boeing 747 di lapangan terbang Tenerife, Pulau Canary menyebabkan 583 maut.

https://www.instagram.com/p/BLrBuUrDNaX/

Pada 2014 juruterbang pesawat Rusia, Utair Boeing 767-300 berjaya menerbangkan semula pesawatnya apabila bertembung dengan pesawat lain yang sedang melintas landasan sewaktu dia mahu mendarat di situ.