Sebuah pesawat Lion Air yang terbang dari Jakarta ke Sumatra dilaporkan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara pada jam 6.33 pagi tadi.

Pesawat Lion Air JT 610 laluan Jakarta-Pangkalpinang itu dilaporkan hilang 13 minit selepas ia berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi. Ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang jam 7.20 pagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam perkembangan terbaru yang dilaporkan pihak New Straits Time, pesawat berkenaan dilaporkan telah terhempas. “Ianya telah disahkan pesawat ini telah terhempas,” kata Yusuf Latif, wakil daripada agensi menyelamat ketika mengulas tentang kejadian ini.

“Setakat ini, tiada maklumat diterima mengenai jumlah penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat berkenaan. Kami tidak boleh memberikan sebarang komen kerana sedang mengumpul maklumat dan data,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Lion Air, Edward Sirait.