Semalam tular di media sosial sebuah sedutan video program hiburan All Together Now Malaysia dimana memaparkan jawapan seorang peserta program terbabit, Ika yang dilihat biadab.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat jawapan diberikan gadis itu apabila ditanya sama ada dia selesa membawakan lagu yang dinyanyikan itu membuatkan Catriona Ross dan para juri tergamam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mana tidaknya, Ika kelihatan angkuh apabila menjawab soalan daripada Catriona dan dipercayai turut membuat memek muka yang kurang baik ketika itu.

“Mestilah minat, kalau tak buat apa I bawa.” ujar Ika

Susulan itu, Catriona telah menegur dan memberikan nasihat kepada Ika di belakang pentas. Dia mengatakan bahawa Ika harus belajar menghormati orang yang lebih berusia kerana tutur kata dan tingkah laku melambangkan siapa diri individu tersebut.

Tambahnya, dia berharap Ika akan merendah diri selalu agar disenangi ramai dan disiplin merupakan kunci utama sekiranya gadis tersebut ingin berjaya dalam kehidupan.