Pernahkah anda menonton filem ‘The Hunger Games’? Tahukah anda kini sebuah syarikat produksi Rusia bakal mengeluarkan rancangan dengan konsep yang sama secara realiti. Ya, anda boleh bayangkan aksi berbunuhan sesama peserta melalui rancangan ini.

Secara asasnya, para peserta hanya perlu survive sehingga ke akhir pertandingan yang bakal berakhir pada 1 April 2018. Antara cabaran terbesar mereka termasuklah survive di Siberia pada musim sejuk yang bakal tiba hujung tahun ini memandangkan tempoh survival mereka adalah 9 bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak terhenti setakat itu sahaja, mereka perlu bersedia untuk dibunuh,dirogol atau apa sahaja yang pastinya tidak dihalang oleh pihak penganjur. Walaubagaimanapun, undang-undang tersebut telah diubah setelah dikecam pihak netizen.

https://www.instagram.com/p/BOPydk9hcTN/?taken-by=game2winter

Tujuannya cuma satu, demi merebut hadiah berjumlah $1.63 juta USD (~RM7.21 juta) yang bakal ditaja oleh ahli perniagaan terkemuka, Yevgeny Pyatkovsky di Russia.

Meskipun menerima kecaman daripada orang ramai, pihak pengajur rancangan ‘Game2:Winter’ ini masih positif untuk meneruskan rancangan ini setelah menerima lebih 30 penyertaan seluruh dunia termasuk Korea Selatan, Sweden dan Rusia.

Faktor cuaca yang mampu meningkat sehingga 35 darjah celsius sehingga penurunan sehingga -40 darjah celsius antara membuatkan Taiga dipilih sebagai lokasi pengambaran

Sebuah lokasi terpencil di Siberia telah dipilih sebagai tapak ‘survival‘ buat para peserta dan bakal mula ditayangkan kepada umum bermula Julai ini.

Anda boleh ikuti Instagram rasmi ‘Game2:Winter’ di sini. Berikut merupakan antara peserta-peserta yang bakal menyertai pertandingan ‘berani mati’ ini.

https://www.instagram.com/p/BPPgJ_ihKsY/

https://www.instagram.com/p/BQbvXD7hnfM/

https://www.instagram.com/p/BPcpZqBhNgV/

https://www.instagram.com/p/BPxbbRCBdny/

https://www.instagram.com/p/BPXvVlaBhzC/

Begitulah apa yang dirancangkan demi meraih penonton yang ramai seluruh dunia. Memang ‘hardcore‘ habis rancangan ‘Game2:Winter’ ini. Adakah anda salah seorang yang sanggup menjadi penonton rancangan ganas ini apabila mula ditayangkan?