Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Zaleha Kadir Olpin, 48, merupakan peserta Masterchef UK musim ke-14 yang berasal dari Pahang tersingkir dalam episod 13 oleh sebab cara masakan ayam rendang yang tidak tepat menurut mereka. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh juri pertandingan John Torode dan Gregg Wallace.

Zaleha yang maju dalam peringkat suku akhir kalah mati menerima kritikan daripada John Torode yang mengatakan pemilihan menu rendang oleh Zaleha merupakan satu kesilapan. Menurut beliau rendang ayam sepatutnya lembut dan isinya mudah lerai. Berlainan pula dengan komen yang diberikan oleh Gregg Wallace yang berpendapat kulit ayam tersebut sepatutnya rangup.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Episod kali ini menerima ribuan komen negatif rata-ratanya dari rakyat Malaysia sehinggakan video tersebut terpaksa ditarik balik dari akaun Masterchef UK di YouTube. Satu gambar telah dimuat naik oleh Zaleha di laman sosial Instagramnya dengan caption yang menggambarkan kekecewaannya dan berkata beliau tidak akan mengubah cara masakan tradisional yang dipraktikkan olehnya.

Lain pula kisah di akaun Twitter milik John Torode yang menerima tamparan dari rakyat Malaysia yang menghujani akaun beliau dengan pelbagai komen. Chef tersebut yang cuba untuk mempertahankan kenyataan Gregg Wallace dengan mengatakan “Mungkin rendang itu berasal dari Indonesia” turut mendapat komen negatif bukan sahaja dari rakyat Indonesia malah dari Brunei dan Singapura.

Bagaimana agaknya rasa rendang rangup? Mungkin anda boleh buat ‘Ujian Cipta Rasa’ selepas ini.