Semalam telah berlangsungnya acara pertandingan silat di temasya Sukan Sea Manila 2019 yang menyaksikan pertarungan di antara pesilat negara, Muhammad Faizul M Nasir dengan pesilat tuan rumah, Dines Dumaan di Pusat Konvensyen dan Pameran Teluk Subic.

Namun, pesilat negara tersebut ditimpa malang selepas mengalami kecederaan ketika bertarung dengan pencabarnya itu. Beliau yang merupakan juara bertahan untuk acara tersebut gagal mempertahankan gelarannya gara-gara dilaporkan tercedera kerana disepak di bahagian muka oleh pesilat dari Filipina.

Sejurus kejadian itu, beliau dilihat terbaring sambil memegang di bahagian muka menahan kesakitan lebih tiga minit tanpa mendapat bantuan perubatan ketika pengadil sedang mengira mata sebelum mengumumkan kemenangan 5-0 untuk Dumaan.

Setelah selesai perlawanan tersebut, Muhammad Faizul dilaporkan terus diusung keluar daripada gelanggang tersebut.

Tindakan lewat oleh sekretariat pertandingan untuk memberikan bantuan perubatan segera kepada Muhammad Faizul, jelas mengundang kemarahan jurulatih silat tanding negara, Mazlan Saari.

Menurut laporan dari Bernama, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memaklumkan bahawa Muhammad Faizul telah dikejarkan ke Hospital Memorial James L. Gordon, dekat sini bagi rawatan lanjut.

Tambah Ketua Kontinjen Malaysia itu lagi, pasukan perubatan hospital berkenaan sedang berusaha untuk menstabilkan keadaan Muhammad Faizul.

Rata-rata netizen yang mengikuti acara berkenaan juga turut menzahirkan rasa ketidak puas hatian mereka terhadap tindakan pesilat dari Filipina tersebut.

Walau apapun, marilah kita berdoa agar pesilat negara kita ini berada dalam keadaan baik serta tidak berputus asa untuk terus mencuba lagi di masa akan datang.

Terdahulu, Atlet ‘breakdance’ Malaysia berjaya menyumbangkan pingat emas kepada Malaysia dan berjaya membuka mata rakyat Malaysia tentang kewujudan acara tersebut di Sukan Sea. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Atlet ‘Breakdance’ Sumbang Pingat Emas Di Sukan SEA Manila 2019 Tarik Perhatian Ramai Pihak

Benarkah Malaysia Pinjamkan RM900 Juta Kepada Filipina Bagi Jayakan Sukan SEA Manila 2019?

E-Sukan Bakal Ditawarkan Pingat Menjelang Sukan SEA 2019

Sumber