Pesta air Songkaran di Thailand yang disambut pada 13 hingga 15 April setiap tahun antara aktiviti-aktiviti yang sangat dinanti-nantikan ramai orang. Acara ini bukan sahaja untuk masyarakat tempatan, malah menarik ramai pelancong untuk sama-sama meraikannya.

Pada asalnya, ia adalah tradisi dari agama Budha iaitu sebagai sambutan tahun baru mengikut kelendar Hindu kuno. Namun begitu, sekarang pesta Songkran menjadi salah satu acara terbesar dalam kelendar pelancongan Thailand.

Antara tempat popular yang menjadi medan perang air ini adalah di Silom Road, Bangkok. Menurut Jabatan Pelancongan Thailand, sambutan Songkran tahun ini adalah yang paling meriah dengan peningkatan 10%  pelancong asing berbanding tahun sebelumnya.

Buat anda yang terlepas pada tahun ini, sila simpan awal-awal tarikh 13 hingga 15 April tahun hadapan. Ini masa paling happy untuk main pancut air ramai-ramai.