Bagi anda yang teringin untuk menaiki belon udara seperti di Cappadocia, anda kini boleh menaiki belon udara panas di pesta belon udara panas yang bakal berlangsung Februari ini di Padang Polo, Pulau Pinang.

Pesta ini akan berlangsung pada 9 dan 10 Februari dan anda boleh menaiki belon udara panas bermula pada jam 7.30 pagi hingga 9 malam. Terdapat 15 belon udara panas yang menarik dan memiliki bentuk yang istimewa akan membuat anda tidak sabar untuk menaikinya.

48379238_1958573277566271_8570931079702118400_n

Pastinya anda dapat menghabiskan masa bersama orang kesayangan anda dan mencipta kenangan terindah dengan menaiki belon udara panas ini. Malah, terdapat gerai jualan dan aktiviti lain yang anda dapat lakukan jika berkunjung ke pesta ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.