Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap penduduk untuk menjaga kebersihan rumah serta kawasan sekitar. Hal ini sekaligus, bukan sahaja memudahkan diri dan keluarga malah turut membuat jiran sekeliling lebih selesa.

Meskipun dianggap ‘common sense’ adab berjiran, masih terdapat lagi segelintir penduduk yang seolah ‘selesa’ untuk hidup dengan secara kotor serta menyusahkan para jiran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih mengejutkan, situasi ini berlaku di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur yang pastinya didiami oleh golongan berpendapatan tinggi.

Menerusi perkongsian @KL_Reporter, difahamkan kondominium mewah ini telah mendapat aduan daripada para jiran setempat yang sudah tidak tahan lagi dengan pembuangan tuala wanita dan kondom terpakai selama setahun terakhir ini.

Lebih membuat penduduk setempat tidak selesa, meskipun aduan telah dibuat, pihak pengurusan kondominium berkenaan masih gagal untuk mengetahui dan menangkap pihak yang membuat tindakan tidak bermoral ini.

Situasi yang dikongsikan nyata mendapat perhatian netizen di mana rata-ratanya mengecam tindakan yang dilakukan. Malah, ramai yang turut terkejut situasi ini bukan sahaja berlaku di flet yang dikongsi bersama warga asing, malah kondominium mewah juga turut mengalami masalah yang sama.

Sementara itu, terdapat juga pihak yang turut berang mengapa pihak pengurusan memerlukan masa yang panjang sehingga setahun bagi menyelesaikan isu yang berlaku.

Orang ramai berharap pihak pengurusan segera mengambil tindakan serta berharap isu melibatkan kebersihan tuala wanita ini dipandang serius kerana mampu mengudang bau yang busuk serta pandangan yang jelek jika tidak diuruskan dengan betul.