Sedang khusuk cuba siapkan satu artikel, telefon saya berbunyi memberi petanda ada mesej masuk di Telegram. Bila dibuka tertera mesej “Ida, kat depan Sekolah Menengah Seksyen 7 ada Festival Makanan Halal Thailand. Cuba pergi tengok. Jangan lupa tanya Abang Ha apa dia nak makan,” ringkas saja pesanan suami.

Dipendekkan cerita, 2 malam berturut-turut saya ke sini. Pergi 1 malam tak cukup. Rambang mata bila lihat berbagai aneka pilihan makanan di Pesta Makanan Halal Malaysia-Thailand yang kini sedang berlangsung di hadapan Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam.

Pesta yang sedang berlangsung ini akan berlanjutan sehingga 1 Jan 2017. Bermula seawal jam 10 pagi hingga ke 11 malam.

Berikut antara yang sempat saya cuba dan rakam sewaktu ke sini. Jom jamu mata dulu sebelum anda pergi.

1. Nak cari lokasi ini mudah saja di Waze. Taip SM Seksyen 7 Shah Alam atau Kompleks Belia Dan Kebudayaan Seksyen 7 Shah Alam. Mesti jumpa. Antara yang akan menyambut ketibaan anda adalah pentas kecil dan susunan kerusi meja untuk anda duduk menjamu selera.

2. Telur puyuh. Sos dia sedap.

3. Pulut mangga. Ada beberapa gerai yang jual pulut mangga di sini.  Yang berwarna-warni di sebelah kanan adalah sabun buah-buahan.

4. Serius sedap. Terasa lemak santannya. Sila cari aiskrim kelapa jika anda ke sini.

5. ABC pun ada.

6. Tak lengkap jika tak ada tom yam. Ada beberapa gerai tom yam di sini. Ada gerai yang benarkan anda cedok sendiri bahan-bahan untuk isi tom yam.

7. Isi ketam campur ayam. Yang ini tak sempat nak cuba. Tak apa. Ada masa lagi nak pergi. Hehe.

8. Ubi rebus ada, jagung rebus pun ada.

9. Ini pau ye. Bukan ayam panggang atau ayam masak steam. Nampak macam tengah trending pau ni sekarang.

10. Somtam ada. Kerabu maggie pun ada. Pilih jangan tak pilih.

11. Yang ini pun saya belum sempat cuba. Memang kena pergi lagi nampaknya.

12. Kini anda tak perlu ke Krabi untuk nikmati banana pancake. Gitu. Tapi lain pula rupa yang kat sini. Haha.

13. Brader ni baru lepas tarik green tea dengan penuh gaya. Haha!

14. Sesiapa ke Krabi khususnya suka upload gambar aiskrim gulung. Kat Shah Alam pun dah ada. Antara perasa yang ditawarkan adalah strawberry, coklat dan vanilla.

15. Maggie goreng. Tak sempat cuba.

16. Yang ini makan masa masih rangup sedap juga. Dah lupa nama. Selain daripada itu miang kham, jeruk buah, roti pelangi, makanan seperti sotong kering juga ada dijual di sini.

17. Telur sotong. Hmmm…

Banyak lagi makanan lain yang turut dijual. Tak semua sempat saya rakamkan. Selain daripada makanan, tak ketinggalan adalah gerai baju bundle. Kini anda tak perlu ke Thailand untuk nikmati kesemuanya. Warga Shah Alam, jom terjah!