Nama Pestle Mortar tidak perlu lagi diperkenalkan kerana setiap kali koleksi yang dihasilkan jenama tempatan ini pasti akan menarik ramai peminat fesyen ‘streetwear’ di Malaysia.

Kini, Pestle Mortar Clothing tampil berkolaborasi dengan AirAsia hadir dengan koleksi eksklusif bagi meraikan kemegahan rantau Asia Tenggara serta budaya dan rakyatnya. Koleksi PMC x AirAsia: S.E.A. Pride tersebut secara rasmi telah dilancarkan semalam di REX, Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Photo 1 PMC x AA

photo_2020-02-11_21-14-47

Untuk pengetahuan anda, koleksi tersebut direka oleh tujuh pereka dari Asia Tenggara iaitu Pestle & Mortar Clothing dari Malaysia, Headless dari Vietnam, Lisa Mam and Peap Tarr dari Kemboja, Mamablues dari Thailand, Don’t Blame The Kids dari Filipina dan Sam Lo dari Singapura.

Setiap rekaan yang ditampilkan cukup menarik kerana setiap pereka diberi kebebasan untuk berkarya dalam mengekspresikan erti Asia Tenggara melalui gaya mereka. Menariknya, 7 item yang dihasilkan untuk koleksi ini termasuklah baju-t, topi, tag bagasi, beg dan juga set pin baju.

photo_2020-02-11_21-23-28

JOE06224

JOE05162

JOE06246

JOE06152

JOE06203

JOE05271 v2

Koleksi ini akan dijual secara rasmi pada 15 Februari 2020 dan anda boleh dapatkan ia dalam penerbangan terpilih AirAsia, butik Major Drop Di Sunway Pyramid dan Mid Valley, atau secara atas talian di laman web rasmi Pestle Mortar atau di sini.

Sebelum ini Pestle Mortar pernah berkolaborasi bersama KFC Malaysia. Klik pautan di bawah untuk lihat rekaan koleksi Pestle Mortar bersama KFC Malaysia.

KFC Malaysia Bakal Lancar Koleksi Pakaian Edisi Khas Bersama Pestle Mortar

Koleksi AirAsia Foundation ‘GOOD/jahat’ Curi Tumpuan Di Kuala Lumpur Fashion Week 2019