Kebakaran hutan besar-besaran yang berlaku di Australia baru-baru ini nyata mengejutkan masyarakat dunia.

Dengan suhu paling panas pernah dicatatkan dalam sejarah negara itu dan kemarau berterusan sudahpun meragut hampir 30 nyawa dengan empat daripada mereka adalah pegawai bomba yang sedang bertugas memadamkan kebakaran.

Group-shot
HYPE
Masih Mencari Hadiah Istimewa Untuk Si Dia? HUAWEI nova 7i Sememangnya Patut Menjadi Pilihan
Baca lagi →

Tidak mahu ketinggalan menunjukkan sokongan terhadap kejadian itu, jenama streetwear tempatan, Pestle and Mortar Clothing (PMC) baru- baru ini melancarkan koleksi khas untuk membantu meringankan beban mereka yang terlibat dalam kebakaran itu.

Image009_fbc784fc-cbbc-4889-89fdPROD_600x

“Untuk membantu saudara kami di Australia yang sanggup menggadaikan nyawa mereka ketika bertugas, kami melancarkan t-shirt edisi terhad ini untuk menyokong mereka yang berusaha memadamkan kebakaran besar di sana,” tulis PMC di laman jualan tersebut.

Menurut maklumat yang diletakkan di laman sesawang Pestle and Mortar, semua hasil kutipan dari jualan baju tersebut akan diberikan kepada pihak bomba New South Wales’ Rural Fire Service di Australia.

PROD_5b46e4d4-6011-430e-9700-1df6a1b8133b_1200x1799

Hadir dengan cutting ‘loose fit’ dan dua pilihan warna hitam dan putih, baju tersebut sudah mula dibuka untuk tempahan sehingga 27 Januari ini dan akan mula dihantar kepada para pelanggan bermula 3 Februari nanti.

Bagi anda yang ingin menunjukkan sokongan dan mendapatkan t-shirt edisi khas ini, anda masih berpeluang untuk mendapatkannya sehingga 27 Januari ini di laman sesawang Pestle and Mortar Clothing.

Tidak pasti sama ada rekaan yang dikeluarkan Adidas ini diinpirasikan secara sengaja atau tidak, tetapi mereka tetap kena ‘troll’ selepas ia dikatakan menyerupai seragam sebuah pasar raya. Klik pautan untuk membaca. 

Beyonce Dan Adidas Kena ‘Troll’ Selepas Keluarkan Baju Yang Sama Dengan Pakaian Seragam Sebuah Pasaraya

Tidak Lengkap Percutian Anda Ke Perth, Australia Jika Tidak Melawat 8 Lokasi Ini

Vans Mulakan Tahun Baharu Dengan Koleksi Unik ‘Mismatch’

 

Anda Mungkin Suka