Pastinya ini satu ‘nightmare’ apabila percutian yang telah di rancang tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak munasabah. Baru-baru ini, telah menjadi buah mulut netizen apabila 6 orang gadis Malaysia tidak dibenarkan menaiki kapal terbang untuk bercuti ke Perth, Australia.

Berikutan itu, Andrew Goledzinowski iaitu Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah memberikan maklum balas mengenai isu tersebut di laman media sosial Twitternya. Menurutnya, Pegawai Perhubungan Penerbangan (ALO) yang bekerja di lapangan terbang akan memastikan pelancong yang akan ke Australia memenuhi keperluan kemasukan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, Andrew Goledzinowski tidak dapat memberikan sebarang komen terhadap apa yang berlaku kepada kes 6 gadis tersebut dan mengatakan bahawa kira-kira 400,000 rakyat Malaysia melawat Australia setiap tahun tanpa sebarang masalah. Malah, Malaysia merupakan satu daripada empat negara Asia yang mendapat visa dalam talian.

Untuk pengetahuan anda, ramai rakyat Malaysia yang tinggal lebih masa dan bekerja secara haram di sana menjadikan Malaysia berada di tangga pertama. Ini menunjukkan bahawa pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh mereka yang menetap lebih masa dan bekerja secara haram di sana menyukarkan rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke sana.

Walau bagaimanapun, setelah isu ini diperjelaskan oleh Andrew Goledzinowski, netizen tampil memberikan pelbagai reaksi di Twitter. Ada yang mengatakan bahawa mereka faham akan keperluan ‘profiling’ tetapi sepatutnya ada kelonggaran sedikit apabila semuanya sudah tersedia di sana. Malah, ada yang mengatakan ‘refund’ patut dilakukan dan permohonan maaf juga patut dilakukan.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Pastinya isu ini memberikan anda sedikit rasa takut akan dihalang berlepas ke Australia. Akan tetapi, mungkin ini cara pihak Australia untuk memastikan tidak ramai penduduk haram di sana.

Baca lagi: Gadis Ini Kongsi Pengalaman Dihalang ‘Boarding’ Ke Perth, Australia Di KLIA2