Adalah perkara penting bagi setiap pengembara untuk mengetahui tentang keselamatan sesuatu negara terlebih dahulu sebelum pergi ke sana. Ini sangat penting dalam membantu membuat perancangan mahupun persiapan yang sebaiknya.

Hasil dari tinjauan yang telah dilakukan oleh International Sos dalam index ‘Travel Risk Map 2017‘ baru-baru ini memaklumkan Syria, Afghanistan, Yemen dan Timbuktu di Mali dilabelkan sebagai kawasan merah iaitu negara paling bahaya di dunia untuk pelancong. Pemetaan baharu ini direka bertujuan untuk memberi amaran kepada pelancong mengenai tahap risiko ketika mengunjungi destinasi di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui kajian ini, selain dari destinasi perang dan masalah politik yang tidak menentu beberapa negara yang menjadi pilihan pelancong se­perti Mexico, Colombia, Pakistan dan Mesir turut dikategorikan sebagai negara berisiko tinggi.

Menurutnya, perkhidmatan kerajaan dan pengangkutan awam di negara yang dilabelkan sebagai kawasan merah ini hampir tidak berfungsi menyebabkan sebahagian besar kawasan tersebut tidak boleh diakses oleh pelancong asing. Manakala Norway, Finlad, Sweden dan Iceland menduduki tempat teratas di dalam senarai negara paling selamat di dunia untuk pelancong.

travel-risk-map-2017

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peta risiko pelancong 2017, anda boleh muat turun peta ini melalui pautan di sini. Semoga peta ini dapat membantu anda mendapatkan informasi yang lebih tepat berkenaan destinasi yang bakal dikunjungi nanti.

Baca juga: Tips Keselamatan Buat Anda Yang Mahu Travel Ke Afghanistan