Petaling Street terkenal sebagai tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Salah satu tarikan yang terkenal disitu ialah ‘barangan branded’ yang boleh didapati dengan harga yang murah.

Namun menurut kenyataan pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Kuala Lumpur Wong Hing Tuck, Petaling Street kini tidak lagi menjadi tumpuan pelancong seperti dahulu. Identiti budaya kaum cina di Petaling Street juga semakin luntur akibat dibanjiri hampir 60% tenaga pekerja asing terutamanya dari Bangladesh.

Rating Petaling Stret di Tripadvisor, salah satu laman web panduan untuk pelancong juga semakin menunjukkan penurunan dan menerima komen negatif daripada pelancong terutamanya isu harga yang tidak relevan. Kebersihan persekitaran dan bau yang kurang menyenangkan juga disuarakan oleh para pelancong.

petaling street tripadvisor

reviewps1-vert

Penambahbaikan sepatutnya dijalankan di Petaling Street untuk mendapatkan feedback yang baik dan memastikan lokasi itu terus menjadi pilihan pelancong memandangkn banyak pertambahan tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur. Mungkin anda juga pernah mempunyai pandangan atau pengalaman di Petaling Street? Jom kongsikan.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤