Dua tiga hari ini kecoh dengan seorang jejaka yang berbangga dapat bekerja di luar negara dengan gaji lumayan. Beliau berkata hanya dengan kerja memetik kobis, anda mampu menjana pendapatan sehingga RM11,000 sebulan di bumi Korea Selatan!

Katalah gaji untuk pekerjaan yang sama dibayar gaji RM1,000 di Malaysia, beliau mendapat gaji 11 kali ganda daripada jumlah berkenaan apabila bekerja di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semuanya nampak indah apabila wang ringgit dijadikan modal untuk keluar mencari kerja di negara luar. Jejaka yang dimaksudkan adalah Adib Zizan, seorang backpacker yang sudah biasa mencari nafkah di negara luar. Awalnya video di bawah ini dibiarkan public, namun Adib kini ‘bersembunyi’ dan segala posting Facebook miliknya sudah bertukar private.

Menurut bacaan dan cerita bekas mangsa Adib, sebelum ke Korea Selatan beliau terlebih dahulu ‘menempa nama’ di bumi Australia. Pada mulanya beliau hanya bekerja di ladang-ladang di sana dan dibuang kerja kerana sikapnya yang ‘langsi’ dan panas baran. Kerana tidak suka bekerja di ladang, Adib bertukar menjadi agen pekerjaan pula di sana.

Ketika menjadi agen, pelbagai janji manis ditaburkan Adib seperti gaji RM10,000 sebulan, tempat tinggal selesa, tiket kapal terbang dan banyak lagi untuk menarik minat rakyat Malaysia untuk berhijrah ke Australia dan bekerja di sana. Namun semuanya indah khabar dari rupa.

Apabila sampai di sana, mereka ditempatkan di kawasan terpencil, gaji tidak seperti yang dijanjikan dan lebih perit, gaji mereka dicekau banyak oleh Adib dan konco-konconya yang terlibat sebagai agen di sana. Bilangan orang yang ditipu Adib bukan seorang dua, tetapi melibatkan ramai rakyat Malaysia dan ramai yang masih terkandas di sana.

Setelah tembelangnya sudah pecah dan beliau kini wanted di Australia, Adib menghilangkan diri dan secara tiba-tiba, muncul di bumi Korea Selatan pula. Dengan skrip yang sama, beliau mahu mencuba nasib untuk membawa rakyat Malaysia ke Korea Selatan pula untuk bekerja di sana.

Adib

Disebabkan orang seperti Adib inilah negara-negara seperti Australia dan New Zealand mula memandang serong kepada pelancong dari Malaysia. Pas lawatan yang sepatutnya hanya sah untuk kita pergi melancong kini disalah guna untuk kegunaan bekerja di sana. Jika begitu, kita sama sahaja dengan orang luar yang datang bekerja di Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dan bekerja tanpa permit yang sah.

Manusia seperti Adib ini adalah virus dan perlu ‘dihapuskan’ kerana individu seperti inilah yang akan menyusahkan kita di masa akan datang. Jika di Australia dan New Zealand pelancong Malaysia sudah dimasukkan dalam senarai berjaga-jaga, jangan nanti perkara ini berlaku pula di Korea Selatan.

Menurut saudara Muhammad Khalid Ismail, ianya bukan perkara yang mudah untuk mendapat pekerjaan di bumi Korea Selatan dan anda perlu mengetahui risiko bekerja di sana.

Peluang pekerjaan yang banyak ditawarkan di sana juga adalah dari sektor 3D atau non-skilled job seperti kerja di kilang besi, buruh binaan, kerja ladang kobis, kilang kimchi, pelayan restoran dan lain-lain. Kerja kerja 3D ini merbahaya dan berisiko tinggi.

Apa risiko anda jika bekerja di sektor ini di Korea Selatan? Menurut saudara Muhammad Khalid, kemungkinan untuk anda tercedera ketika bekerja tetap ada walaupun environment tempat anda bekerja sangat baik.

Andai anda datang berkerja tanpa permit yang sah, pihak majikan hanya memberi anda gaji hari dan tidak terikat untuk memanggil anda untuk bekerja pada hari esok.

Kerana tiada sebarang kontrak hitam putih yang sah, anda tidak mempunyai dilindungi insuran dan pihak majikan pun tidak terikat untuk menanggung kos rawatan anda seandainya terjadi apa-apa. Anda boleh baca tulisan saudara Muhammad Khalid yang menulis panjang tentang risiko dan apa yang anda perlu tahu tentang bekerja di Korea Selatan.

Semoga dengan sensasinya video Adib ini, ramai yang tidak lagi terburu-buru untuk cuba mencari peluang pekerjaan di luar negara. Memang gaji yang ditawarkan buat kita gelap mata, tetapi kalau tawaran itu sangat too good to be true, pasti akan ada ‘perangkap’ yang menanti. Carilah agen pekerjaan yang sah supaya anda tidak ‘dikencing’ oleh insan seperti Adib ini. Moga dijauhkan.