Jumaat lalu, nama Alana Mclaughlin menarik perhatian peminat sukan MMA apabila beliau menjadi peninju transgender kedua yang sah bertarung di perlawanan profesional mixed martial arts (MMA).
Bekas Askar Unit Khas Amerika Syarikat itu telah berjaya menewaskan lawannya, Celine Provost dalam perlawanan sulungnya. Alana yang berusia 38 tahun menang dengan teknik rear-naked choke, 32 saat di pusingan kedua.
Alana yang sebelum ini merupakan seorang lelaki yang gagah telah bertukar jantina sejak meninggalkan Unit Askar Khas Amerika Syarikat pada tahun 2010 dan berharap beliau menjadi pelopor atlet transgender dalam sukan MMA.
“Pada ketika ini, saya ingin mengikut jejak Fallon. Ini hanyalah permulaan langkah untuk harapan yang lebih besar di masa akan datang dan lebih ramai yang mengikut saya,” kata Alana. Untuk pengetahuan, Fallon Fox merupakan atlet transgender pertama yang bertarung dalam kategori wanita pada tahun 2012.
Pertarungan antara Alana dan Celine ini bagaimanapun berdepan kritikan apabila ada yang menyokong dan tidak menyokong atlet transgender dibenarkan untuk bertarung dalam kategori wanita.
This is the “women” mma fighter that they just allowed to beat up a girl in Florida
So brave of “her” to transition then live “her” dream of beating up women pic.twitter.com/3B7AbsbgWM
— Jake Shields (@jakeshieldsajj) September 11, 2021
Antara yang vokal dalam menentang pertarungan tersebut adalah petinju MMA Jake Shields. Dari sudut pandangnya, atlet transgender tidak sepatutnya dibenarkan bertarung dalam kategori wanita kerana ia ibarat pertarungan antara ‘lelaki melawan wanita’ kerana Alana kekal lelaki di mata Jake.
Good morning, friends, supporters and others! I'm getting a lot of variations of the same nasty messages calling me a cheater like I didn't just get beat on for a round and a half. Y'all need to show Céline Provost some respect and take your concern trolling elsewhere. (1/2) pic.twitter.com/GFhk55YeJm
— Alana McLaughlin🏳️⚧️ (@AlanaFeral) September 11, 2021
Alana bagaimanapun tidak melenting dengan segala kritikan yang diterimanya. Beliau turut berterima kasih kepada Celine kerana setuju untuk bertarung dengannya.
Alana mengakui Celine merupakan lawan yang kuat kerana beliau hampir tewas dengan tumbukan Celine di pusingan pertama. Harapan beliau selepas ini adalah untuk melihat lebih ramai atlet transgender diterima dalam sukan yang mereka ceburi.
Beliau juga mahu perkara ini menjadi sesuatu yang ‘normal’ di masa akan datang. Adakah anda setuju jika lebih banyak sukan menerima atlet transgender menyertai acara wanita di masa akan datang?
Sebelum ini, Marvel Studios dilaporkan merancang untuk memperkenalkan superhero transgender pertama mereka tidak lama lagi. Baca lagi pada pautan di bawah.
Watak Superhero Transgender Pertama Bakal Diwujudkan Oleh Marvel
Pelakon Siri The Umbrella Academy, Elliot Page Umum Tukar Jantina Kepada Lelaki
Selepas 28 Tahun, Bekas Atlet Bola Tampar Wanita Indonesia Disahkan Lelaki
- SUMBER
- The Sun