New Zealand dikategorikan sebagai salah satu negara pelancongan yang menarik. Ramai yang datang ke negara ini terpesona dengan keindahan pemandangan yang terhampar di negara Kiwi ini.

Di sini aku nak berkongsi 2 tips untuk yang merancang nak datang ke New Zealand, tips cari minyak atau petrol dengan harga lebih murah dan tips cari makanan halal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Minyak pada harga lebih murah

Harga minyak di New Zealand amat berbeza dengan Malaysia di mana setiap hari ianya akan berubah-ubah. Biasanya pada hujung minggu harga minyak akan meningkat naik.

Pada masa ini, harga minyak di Auckland kebanyakannya berada pada paras NZD1.80++ ke atas. Jika di tengah bandar besar, harga minyak akan lebih tinggi berbanding dengan harga minyak di stesen persisiran bandar.

Setiap stesen minyak mempunyai harga yang berlainan di mana ada yang tinggi dan ada yang rendah. Kebanyakan pelancong yang datang ke New Zealand akan buat roadtrip menggunakan caravan atau kereta. Jadi minyak sangat penting untuk kegunaan perjalanan.

Ok. Jadi bagaimana untuk mencari harga minyak murah di kawasan anda berada? Jawapannya adalah WAZE. Waze bukan sekadar untuk kegunaan gps di jalanan, bahkan ia turut membantu anda menyemak harga minyak semasa di sekitar lokasi anda berada.

Caranya, buka applikasi Waze, dan tekan pada butang search. Simbol petrolpump akan muncul dan tekan pada simbol tersebut. Dan selepas itu, akan keluar list di mana stesen terdekat dan juga harga bagi petrol di setiap stesen. (Boleh refer pada gambar jika tidak faham.)

Untuk hari aku cari minyak ini, minyak berada di paras 1.81$. Selepas membuat semakan, aku keluar sedikit ke persisiran luar bandar dan mendapat petrol berharga 1.75$ bagi 1L. Apa lagi. Terus tuang penuh la.

tip-cari-petrol-murah-di-new-zealand-7
Applikasi Waze. Point itu adalah di mana aku berada sekarang — in Auckland, New Zealand.
tip-cari-petrol-murah-di-new-zealand-8
Tekan pada butang search, dan tekan pada ikon petrol pump — in Auckland, New Zealand.
tip-cari-petrol-murah-di-new-zealand-1
Harga normal yang boleh dikatakan murah di tengah bandar.
tip-cari-petrol-murah-di-new-zealand-4
Minyak paling murah aku dapat hari ini — in Auckland, New Zealand.

Bagi yang tidak biasa menggunakan Waze, boleh download applikasi “GASPY” dari appstore dan juga playstore. Gaspy akan menentukan lokasi anda dan selepas itu akan keluar segala senarai harga minyak di sekeliling.

tip-cari-petrol-murah-di-new-zealand-9
List stesen minyak akan keluar dengan harga. Boleh listkan yang mana paling dekat dan yang mana paling murah. — in Auckland, New Zealand.
tip-cari-petrol-murah-di-new-zealand-10
Ini adalah stesen minyak yang berada di sekeliling akuaku. — in Auckland, New Zealand.
tip-cari-petrol-murah-di-new-zealand-5
Applikasi Gaspy bagi pengguna iphone — in Auckland, New Zealand.
tip-cari-petrol-murah-di-new-zealand-6
Akan keluar senarai harga minyak dan juga jarak — in Auckland, New Zealand.

Bagi pelancong yang merancang untuk membuat roadtrip di New Zealand haruslah beringat, bukan semua stesen minyak terima bayaran tunai. Ada sesetengah stesen langsung tiada kaunter, orang bekerja mahupun kelindan. Di stesen ini akan ada ditulis notis “PAY AT PUMP”.

tip-cari-petrol-murah-di-new-zealand-3
Stesen yang tidak menerima bayaran tunai — in Auckland, New Zealand.

Dan diingatkan sekali lagi, setiap pembayaran kad di New Zealand biasanya akan dicaj 2% atau lebih bagi setiap urus niaga. Jadi, buatlah pilihan dengan bijak.

Tips tambahan:
Isi minyak pada hari gaji (rabu & khamis). Biasanya dapat diskaun lebih, sehingga 10¢ seliter. Guna loyalty card dan jangan lupa subscribe newsletter. Setiap minggu akan ada email update bagitau stesen mana yang ada diskaun lebih. Contohnya: AA smartfuel untuk BP & Caltex, Fly Buys untuk Z station. Tertakluk terma dan syarat lain.

Nota penting : Jangan pandai-pandai isi RON98 dan biofuel. Mahal oi.

Makanan halal di New Zealand

Apa yang aku akan kongsikan kali ini adalah sangat subjective kepada muslim dan panduan ini hanya kepada para pengembara yang ingin ke New Zealand. Setelah membuat beberapa rujukan dengan orang muslim, carian internet dan juga rakan-rakan yang telah lama tinggal disini, banyak info-info telah aku dapat. Jadi, untuk percaya atau tidak terpulanglah kepada diri sendiri. Aku akan berkongsi info berserta dengan fakta dan bukti.

Hari ini sudah masuk minggu ke dua aku berada di New Zealand. Dan kali ini aku bergerak ke bawah sedikit iaitu Rotorua dan akan tinggal di sini sementara. Aku datang ke New Zealand tanpa apa-apa makanan. Yang ada dalam bag aku hanyalah pakaian harian. Jadi, aku harus mencari ikhtiar hidup di sini untuk terus kekal hidup.

Berkenanaan dengan halal, aku akan kongsikan makanan asas halal yang boleh didapati di kebanyakan pasar raya besar di seluruh New Zealand. Pelbagai jenis jenama ayam dan daging yang dijual di pasaraya dan diantara tersebut ada yang Halal. Tetapi tidak ada tanda halal di plastik pembukusan. Antara jenama ayam yang disahkan halal yang boleh didapati di kebanyakan oasaraya besar di seluruh New Zealand adalah TURKS, TEGEL dan BRINKS.

Jakim disini ada dua iaitu FIANZ dan NZIDT. Mengikut pada penerangan detail oleh saudara Md Ariff, disebabkan dua jakim yang berbeza, jadi terdapat percenggahan isu diantara FIANZ dan NZIDT. Hanya jenama BRINKS yang menggunakan penyembelihan manual, dan bagi TEGEL adalah di bawah NZIDT dan TURKS pula adalah di bawah FIANZ.

Dan dua-dua jenama ini menggunakan penyembelihan dengan mesin tetapi diuruskan oleh orang Muslim. Mengikut desas desus cerita, FIANZ caj % ke atas jumlah ayam manakala NZIDT mengenakan cukai tahunan.

tip-makanan-halal-new-zealand-1
Tegel brand
tip-makanan-halal-new-zealand-2
Ayam tegel yang dijual dipasaraya yang agak murah.
tip-makanan-halal-new-zealand-3
Tegel Fresh Chicken.
tip-makanan-halal-new-zealand-4
Turk’s brand — in Rotorua, New Zealand.
tip-makanan-halal-new-zealand-5
Turk’s fresh Chicken — in Rotorua, New Zealand.
tip-makanan-halal-new-zealand-6
BRINK’s Brand — in Rotorua, New Zealand.

Ok tamat cerita pasal ayam. Tentang makanan asas halal lagi iaitu daging burger. Antara jenama daging burger yang Halal adalah Top Notch dan Andrew Corbett dan daging ini juga boleh didapati di kebanyakan pasaraya di seluruh New Zealand.

Dan bagi restoran pula, kebanyakan kedai yang menjual kebab, roti nan dan beriani (palau) adalah halal. Cuba buat semakan dengan kedai dan lihat sijil halal diorang. InsyaAllah, kebanyakan diuruskan oleh muslim.

Dan bagi fastfood pula, ada satu fastfood yang berasal dari America iaitu BURGERFUEL ada menjual burger yang halal, tetapi anda haruslah minta dari pihak diorang. Agak lazat tetapi kurang pedas. Dan NANDOS juga adalah halal. MC’D, KFC, BURGERKING dan seangkatan dengannya adalah tidak halal.

tip-makanan-halal-new-zealand-7
Daging burger Top Notch — in Rotorua, New Zealand.
tip-makanan-halal-new-zealand-8
Daging burger Top Notch — in Rotorua, New Zealand.
tip-makanan-halal-new-zealand-9
Daging burger Andrew Corbett — in Rotorua, New Zealand.
tip-makanan-halal-new-zealand-10
Ingham brand (tidak halal bagi pasaran NZ) — in Rotorua, New Zealand.
tip-makanan-halal-new-zealand-11
Email kepada Ingham. — in Rotorua, New Zealand.
tip-makanan-halal-new-zealand-12
Nandos adalah halal. — in Rotorua, New Zealand.
tip-makanan-halal-new-zealand-13
Burgerfuel company Amerika. Nak yang halal boleh mintak dengan mereka — in Rotorua, New Zealand.
tip-makanan-halal-new-zealand-14
Burger halal perlu request (hanya di Burgerfuel) — in Rotorua, New Zealand.

Di sini juga aku berikan panduan list terbaru (maklumat dari saudara Ariff) bagi beberapa brand yang halal yang boleh didapati di sekitar New Zealand. (Sila rujuk gambar).

Bagi brand INGHAM, ada didalam senarai tapi apabila email kepada diorang, jawapan agak mengecewakan iaitu untuk pasaran dalam New Zealand, daging mereka tidak halal (INGHAM SAHAJA). Untuk panduan lebih lengkap boleh menyemak dengan halalnewzealand website.

Andaikata maklumat aku ini kurang tepat ataupun ada percanggahan, sila bagi maklum balas. Dan kepada yang tinggal/pernah tiggal di New Zealand, sila memberi maklumbalas juga terhadap info yang aku tulis di atas. Bahawasanya aku masih baru di bumi Kiwi ini, dan mungkin cara ini aku masuk memberi salam.

tip-makanan-halal-new-zealand-16
Palau/beriyani juga kebanyakan halal — in Rotorua, New Zealand.
tip-makanan-halal-new-zealand-15
Kedai kebab kebanyak halal.

tip-makanan-halal-new-zealand-17

tip-makanan-halal-new-zealand-18

tip-makanan-halal-new-zealand-19

tip-makanan-halal-new-zealand-20

tip-makanan-halal-new-zealand-21

tip-makanan-halal-new-zealand-22

tip-makanan-halal-new-zealand-23

Baca lagi: Inilah 20 Tip Cara Saya Berjimat Sewaktu Travel Di New Zealand