Nampaknya aplikasi bayaran tanpa tunai WeChat Pay semakin melebarkan sayap dalam urursan transaksi perniagaan di Malaysia. Sebelum ini WeChat Pay membenarkan pengguna melakukan transaksi tanpa tunai di Starbucks, terbaharu pengguna boleh mneggunakan WeChat Pay untuk setiap transaksi di stesen minyak Petron.

Kerjasama strategik antara Petron dan WeChat Pay ini membenarkan pengguna untuk membuat pembayaran sekaligus memudahkan transaksi. Setakat ini, Petron hanya memulakan penggunaan WeChat Pay di 200 stesen terpilih sahaja seluruh negara sebelum memperluaskan di semua cawangan peringkat demi peringkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: The News York Times

Pengguna boleh menggunakan servis ini di stesen Petron yang memaparkan papan tanda kecil di luar kaunter pembayaran. Aplikasi WeChat Pay ini semakin mendapat tempat di hati pengguna bukan sahaja kerana aplikasi sosial itu sendiri bahkan juga kerana ciri keselamatan WeChat Pay yang selamat dan boleh dipercayai.