Sebuah pencapaian yang membanggakan buat Petronas selepas syarikat petroleum negara ini berjaya merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM13 bilion sepanjang tiga bulan pertama pada bulan ini.

Angka yang direkodkan ini sekaligus menunjukkan Petronas berjaya meningkat 26% berbanding suku tahun pertama tahun lalu berikutan penambahbaikan dari segi operasi syarikat serta harga petroleum semasa.

Sumber: The Edge Markets

Difahamkan peningkatan kekuatan Ringgit Malaysia berbanding US Dollar antara yang memain peranan besar di dalam keuntungan Petronas pada kali ini. Selain itu, pelaburan yang dilakukan syarikat ini melibatkan projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) di Johor turut menunjukkan angka yang positif.

Mengulas mengenai keuntungan yang diperoleh Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin selaku CEO Petronas berkata kesemua staf Petronas akan terus komited bagi peningkatkan produktiviti syarikat yang secara tidak langsung dapat membantu ekonomi Malaysia.

30708508-11_02_2014-PETRONAS-EARNS
Sumber: malaysianaccess

Tahniah diucapkan buat Petronas. Semoga syarikat petroleum negara ini bakal terus menerima keuntungan yang tinggi serta membaiki ekonomi negara kearah yang lebih positif.

Sumber