Buat para pekerja, kami yakin ramai daripada anda mempunyai wishlist syarikat yang paling didambakan untuk bekerja. Berdasarkan kajian daripada Randstad Employer Brand, Petroliam Nasional Berhad telah dipilih sebagai Most Attractive Employer 2018 mengalahkan beberapa syarikat ternama.

Kejayaan yang diperoleh Petronas ini sekaligus membuktikan syarikat ini tampil lebih baik berbanding tahun lalu dimana syarikat ini berjaya mendapat tempat kedua pada tahun 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Pengarah pengurusan sumber manusia Petronas, Datuk Raiha Azmi. Sumber: Kwiknews
Pengarah urusan sumber manusia Petronas, Datuk Raiha Azmi. Sumber: Kwiknews

Menurut Datuk Raiha Azni Abd Rahman selaku pengarah urusan sumber manusia Petronas, penawaran peluang karier yang berpanjangan serta beberapa faedah lain melibatkan waktu pekerjaan yang fleksibel, tempat bekerja yang kondusif serta cuti bersalin yang lama yang membuatkan syarikat ini tampil sexy dimata pekerja.

Selain itu, dua syarikat lain yang tersenarai sebagai Most Attractive Employer oleh Randstad Employer Brand adalah Shell Malaysia dan Nestlé (Malaysia) Bhd.

Petronas-Towers-2013-2
Sumber: fareastadventuretravel

Tahniah diucapkan buat Petronas! Semoga lebih banyak pekerjaan bakal ditawarkan buat para pekerja seiring dengan pertumbuhan positif syarikat petroleum nasional ini.