Kesibukan warga kota pada hari ini memerlukan semua urusan dibuat dengan pantas. Terkini Petronas memperkenalkan sebuah aplikasi atas talian yang dikenali sebagai Setel untuk memudahkan transaksi pelanggan tanpa perlu membayar secara tunai di kaunter.

Setakat ini aplikasi Setel hanya tersedia untuk aplikasi Android dan masih dalam tempoh percubaan. Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk mengaktifkan pam dan membuat pembayaran melalui atas talian dengan pilihan tambah nilai dalam aplikasi, kad kredit, kad debit atau pembayaran melalui bank atas talian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cara penggunaanya mudah sahaja, pengguna perlu memasukkan nombor keahlian kad mesra untuk mendapatkan mata ganjaran dari setiap pengisian. Setakat ini aplikasi ini boleh digunakan di beberapa buah stesen minyak terpilih di Semenanjung Malaysia seperti berikut:

Sumber: Businesstimes Singapore

1. PETRONAS Penchala Link Arah Damansara
2. PETRONAS Jalan Kolam Air Lama
3. PETRONAS Sri Hartamas
4. PETRONAS Taman Tun Dr Ismail
5. PETRONAS Sungai Penchala
6. PETRONAS Mutiara Damansara
7. PETRONAS Sprint Highway
8. PETRONAS Damansara Jaya
9. PETRONAS Sri Damansara
10. PETRONAS Desa Menteri
11. PETRONAS NKVE
12. PETRONAS Kota Damansara
13. PETRONAS Ara Damansara
14. PETRONAS USJ 2, UEP Subang Jaya
15. PETRONAS Subang Airport
16. PETRONAS Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh
17. PETRONAS Putra Bestari
18. PETRONAS Kampung Melayu Subang