PETRONAS baru-baru ini telah memperkenalkan pasukan pertama dari rantau ini untuk mewakili kesemua tiga peringkat perlumbaan motosikal Grand Prix – MotoGP, Moto2 dan Moto3. Ini merupakan hari yang bersejarah buat Asia Tenggara dari segi sukan permotoran apabila PETRONAS memperkenalkan pasukan tersebut.

photo_2019-01-29_11-18-47

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada musim depan akan ada pasukan baru di trek kerana secara rasminya Team Racing PETRONAS Yamaha Sepang telah diumumkan. Pasukan ini akan mewakili ketiga-tiga peringkat Grand Prix Motorsports.

Untuk pasukan dalam MotoGP ianya akan diwakili oleh Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo, manakala Malaysia sendiri akan diwakili oleh Khairul Idham Pawi yang akan menunggang Moto2 di bawah sepanduk PETRONAS Sprinta Racing. Ayumu Sasaki dan John McPhee pula akan mewakili pasukan Moto3.

photo_2019-01-29_11-18-47 (3)

photo_2019-01-29_11-18-47 (2)

Pengarah pasukan untuk PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, John Stigefelt menyatakan kegembiraannya apabila dapat menghantar pasukan dan pelumba bersama PETRONAS dan beliau merasakan ianya sesuatu yang hebat dengan penambahan terbaru kepada dunia Motorsports apabila telah menghantar beberapa penunggang muda untuk mewakili mereka di tiga peringkat.

Pasukan baru yang diperkenalkan PETRONAS ini akan membuat debutnya semasa ujian MotoGP rasmi pertama pada 2019 di Litar Antarabangsa Sepang dari 6 hingga 8 Februari ini.