Mula dilihat di negara luar, kini Petronas pada hari ini telah melancarkan Petronas ROVR, sebuah lori tangki minyak mudah alih bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan minyak.

Bersesuaian dengan rekaannya, Petronas ROVR mampu memuatkan sebanyak 4000 liter minyak manakala model saiz besar bakal memuatkan sebanyak 11,000 liter minyak dimana model ini dikhususkan buat pengguna perusahaan.

rovr_02-950×634
Sumber: Amanz

Setakat ini, Petronas memilih untuk menyediakan ROVR di beberapa kawasan dengan jumlah penduduk setempat yang ramai. Petronas juga bakal turut menawarkan ROVR khusus buat syarikat-syarikat yang mempunyai jumlah kenderaan yang banyak bagi memudahkan urusan pengisian minyak.

Dijangkakan Petronas bakal meningkatkan jumlah ROVR menjelang akhir tahun ini di beberapa kawasan tertentu.

Sumber