Selepas pasukan ‘factory’ Yamaha  mengumumkan Maverick Vinales dan Fabio Quartararo sebagai dua pelumba mereka untuk musim 2021 nanti, nasib bekas juara dunia Valentino Rossi kini dilihat semakin tidak jelas.

Dengan ada peminat yang mengandaikan bekas juara dunia itu bakal mengundurkan diri daripada kejuaraan dunia dan ada juga yang berharap agar pelumba yang terkenal dengan jolokan The Doctors itu kekal, pasukan Petronas Yamaha SRT kini dilihat antara destinasi ideal buat Rossi.

pegang-hp
HYPE
Ini Sebab Utama Anda Perlu Pilih Pelan ‘Giler Unlimited’ U Mobile Yang Murah Tapi Berbaloi
Baca lagi →
49033543662_4c2298c10a_c

Morbidelli, MotoGP race, Malaysian MotoGP 2019 (FOTO: Petronas yamaha SRT)

Dengan perpindahan Quarataro ke pasukan utama dan kontrak seorang lagi pelumba Franco Morbidelli bakal tamat hujung musim ini, kedua-dua slot pelumba untuk pasukan ini akan ditinggalkan kosong memasuki musim 2021.

Keterujaan peminat untuk melihat Rossi beraksi bersama pasukan Petronas Yamaha SRT itu juga dibicarakan di laporan akhbar arus perdana di negara ini.

Dalam satu temu bual bersama New Straits Time, prinsipal pasukan Datuk Razlan Razali juga tidak menolak kemungkinan untuk mereka bergabung dengan Rossi.

Razali, Stigefelt, Valencia MotoGP 2019

Razlan Razali, (FOTO: Petronas Yamaha SRT)

Menyifatkan ia sebagai satu penghormatan besar jika Rossi berminat dengan pasukannya, Razlan berkata bagaimanapun mereka masih melihat calon yang sesuai untuk musim 2021

“Buat masa ini, kita tidak mempunyai hasrat untuk mendapatkan Rossi.

“Tetapi sudah pasti ada peluang jika dia sendiri yang datang kepada kami dan menyatakan minatnya untuk menyertai kami.

Jika Franco Morbidelli memutuskan untuk bersama Petronas Yamaha SRT pada 2021, maka gabungan beliau bersama Rossi di pasukan itu juga akan menjadi lebih epik.

Ini kerana Morbidelli adalah merupakan salah seorang anak didik Rossi di akademi VR46 miliknya dan mereka juga sering berlatih bersama ketika hujung musim di lapangan milik Rossi di Italy.

Tetapi, jika ada pelumba tempatan yang mampu mengisi kekosongan di Petronas Yamaha SRT pada 2021 nanti sudah pasti ia akan menjadi lebih bersejarah untuk disaksikan rakyat Malaysia.

Sebelum ini kami juga pernah berkongsi tentang kejayaan pasukan ONEXOX TKKR SAG dari Malaysia muncul sebagai juara di pertandingan ARRC. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kisah Hebat ONEXOX TKKR SAG Yang Muncul Juara ARRC 2019 Dengan Dana Sendiri

Hafizh Syahrin Buat Kerja ‘Gila’, Sertai Perlumbaan Kereta 1,000km Di Sepang

Hafizh Syahrin Sah Tiada Dalam Pelan KTM Tech3 Musim Hadapan

 

Anda Mungkin Suka