Nasi goreng merupakan satu menu ringkas dan mudah untuk disediakan. Akan tetapi, untuk masak nasi goreng yang sedap, anda perlu tahu petua rahsia untuk menjadikan ia sedap .

Baru-baru ini, pengguna Facebook Norhamidah Abdul Hamid telah berkongsi tip untuk menjadikan nasi goreng anda sedap. Baca perkongsian Norhamidah di bawah ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Guna nasi sejuk atau nasi kering.

perfect-white-rice-XD103293_horiz
Sumber: Google

Ada orang kata, nasi sejuk ni nasi semalam. Guna lebihan nasi daripada hidangan sebelum ini atau sejukkan nasi yang baru ditanak terlebih dahulu. Selain senang digoreng, tekstur nasi juga lebih menarik dan tidak terlalu lembik. Kalau tidak, nasi goreng anda akan melekat lekat macam nasi yang digunakan untuk buat sushi.

2. Menumis dengan api besar.

maxresdefault
Sumber: YouTube Matt Kwang

Perasan tidak jika di warung atau restoran, tukang masak akan guna api besar untuk menumis. Biasanya, perencah yang ditumis menggunakan api besar akan lebih garing dan harum. Akan tetapi, harus berjaga-jaga agar tidak hangus pula. Selepas beberapa ketika, boleh lah perlahankan api lepas masukkan nasi untuk digoreng.

3. Gantikan minyak masak dengan marjerin atau mentega.

mentega
Sumber: Google

Ada orang lebih suka guna marjerin atau mentega untuk gantikan minyak masak. Aroma daripada bahan-bahan ini lebih wangi. Boleh juga merenjis sedikit minyak bijan dengan tujuan yang sama. Ini juga sebagai petua untuk mengelakkan nasi jadi keras lepas masak.

4. Guna lebihan ayam atau ikan goreng.

goreng rangup
Sumber: Google

Pernah tidak ibu atau nenek kita masak nasi goreng hanya gunakan bahan bahan lebihan makan malam semalam? Contohnya, lebih ikan goreng atau ayam goreng. Sekadar campak-campak bahan ini bersama nasi, lalu terhasillah ‘nasi goreng bodo’ tapi rasa dia sedap yang amat kan?

5. Guna minyak ikan goreng untuk menumis.

minyak-masak-1
Sumber: Google

Siapa yang nak masak nasi goreng, guna lebihan ikan goreng semalam sebagai bahan asas, boleh lah tambah minyak ikan goreng sikit untuk rasa yang lebih ‘umphh’.

6. Teknik memasukkan telur ke dalam nasi

yummrecipes
Sumber: Yummrecipes

Untuk memasak nasi goreng, ada 2 masa untuk pecahkan telur, sama ada pada awal atau pada saat akhir memasak nasi goreng. Untuk cara awal memasak, telur akan digoreng secara berasingan. Telur ini akan dihancur-hancur dan dimasakkan ke dalam nasi goreng yang sudah siap dimasak. Untuk cara akhir memasak, sebelum nasi goreng siap dimasak, buatkan sedikit ruang di tengah kuali dan pecahkan telur di tengah-tengah. Kacau telur sehingga masak. Kemudian, gaulkan bersama nasi goreng untuk beberapa ketika.

7. Bakar belacan dahulu.

belacan-bakar
Sumber: Google

Nasi goreng yang dimasak bersama ikan bilis pun sudah sedap kan? Kali ini, sedikit belacan dibakar atau dilayur di atas api dan dimasak bersama nasi goreng ketika menumis. Pasti lagi sedap rasa ia.

8. Gaul nasi dengan garam di darat.

30e8d59b-c58c-4fb4-b1c3-17c2906f67ff
Sumber: Google

Biasanya, waktu nasi goreng sudah hampir masak, garam akan ditabur untuk rasa yang sedikit masin. Tetapi, kadang-kadang itu garam yang ditabur tidak sekata. Apa kata gaulkan garam bersama nasi putih sejuk dahulu sebelum masukkan ia dalam kuali. Untuk lebih sekata, gunakan garam halus. Tidak perlu tabur garam yang banyak kalau sudah gunakan ikan bilis, belacan dan minyak ikan dalam rencah. Bahan itu semua pun sudah cukup untuk beri rasa masin.

9. Gunakan lesung batu untuk menumbuk bahan perencah.

lesung
Sumber: Google

Orang orang lama, lebih gemar gunakan lesung batu berbanding mesin pengisar. Kenapa? Sebab bahan perencah akan lebih terasa rencahnya. Ada ‘kick’ berbanding guna mesin pengisar.

Semoga perkongsian ini akan dapat dimanfaatkan oleh anda. Pasti anda akan lebih ‘power’ untuk masak nasi goreng selepas ini. Selamat mencuba!