Acara Grand Prix Singapura yang diadakan di Marina Bay, Singapura baru-baru ini sangat meriah dengan kunjungan para penonton dari seluruh dunia selepas dua tahun tiada sebarang acara perlumbaan dapat diadakan ekoran penularan wabak COVID-19.

Kadang-kala kita ada terfikir adakah semua pihak yang terlibat dalam acara perlumbaan F1 ini cuma berkerja dalam masa yang singkat pada setiap tahun?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Juwaini Jumahat, 36 tahun, Pedagang Kanan Grand Prix Singapura, petugas-petugas acara tersebut sering mendapat soalan yang lazim seperti ini menanyakan sama anda mereka (petugas F1) hanya berkerja tiga sepanjang tahun sempena acara F1 berlangsung, katanya kepada Berita Harian SG.

“Saya pasti semua daripada kami yang bekerja di Grand Prix Singapura sudah banyak kali mendengar soalan itu.

“Sebenarnya kami menghabiskan sepanjang tahun merancang dan membuat persediaan untuk menjadikan setiap perlumbaan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” kata beliau.

Juwaini Jumahat | Sumber Gambar: Berita Harian SG

Bagi Pengurus Acara di bawah Pasukan Operasi Grand Prix Singapura, Hafiz Salleh, 30 tahun, menyatakan meskipun beliau akan sibuk di sekitar Taman Litar sepanjang acara tiga hari itu, tugasnya sudah bermula sejak beberapa bulan lalu.

Antara tugasnya termasuklah merancang keseluruhan pengurusan sisa untuk lebih 250,000 orang yang bakal menghadiri perlumbaan tahunan itu.

“Itu adalah cabaran besar buat kami sebab semasa hari-hari perlumbaan, jalan raya kita terjejas. Jadi, kami hanya memiliki tempoh masa yang singkat untuk membuang sampah sebelum hari seterusnya,” ujarnya.

Hafiz menegaskan walaupun proses perancangan telah bermula berbulan lama, ‘masa’ tetap mencemburui pihak penganjur.

Hafiz Salleh | Sumber Gambar: Berita Harian SG

Tambahnya lagi, beliau juga terlibat dalam bekerjasama dengan pihak berkepentingan seperti Sport Singapore, Singapore Flyer dan Esplanade, dan merancang operasi dan pengurusan orang ramai di pintu masuk litar. Beliau turut mengendalikan latihan bagi sekitar 1,000 kakitangan operasi Taman Litar.

Pada acara F1 yang berlangsung di Singapura baru-baru ini, Sergio Perez dari Red Bull memenangi Grand Prix Singapura di Marina Bay yang penuh dramatik. Perlumbaan tersebut ditangguhkan kerana hujan diselingi kehadiran kereta keselamatan disebabkan beberapa kemalangan dan kerosakan.