Dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin teruk setiap hari, hand sanitizer atau cecair pencuci tangan beralkohol boleh dikatakan antara barang yang paling dikehendaki oleh setiap orang ketika ini.

Jadi, tidak mustahil jika seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan hand sanitizer ini untuk melindungi diri mereka dari kuman yang menyebabkan wabak COVID-19 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti yang berlaku di media sosial pada semalam apabila ada netizen yang berkongsi kiriman seorang wanita yang dikatakan mengambil hand sanitizer itu daripada hospital dengan percuma.

photo_2020-03-20_09-10-13

Secara teknikalnya, perbuatan itu sudah pastinya adalah satu kesalahan memandangkan tujuan ia disediakan adalah untuk kegunaan petugas hospital serta pesakit dan pelawat yang datang ke sana.

Kejadian mengambil hand sanitizer yang disediakan di hospital ini diakui memang berlaku dengan ada wad yang kini kehabisan cecair tersebut akibat perbuatan tidak bertanggunjawab pelawat.

“Wad saya kini tak cukup hand sanitizer dan mask kerana semua pelawat yang datang tengok pesakit ambil mask dan botol hand sanitizer bawa balik.

“Kami yang di hospital ini nak pakai apa kalau stok dah habis,” tulis seorang netizen yang dipercayai salah seorang petugas kesihatan di hospital.

hosp

Turut senada dalam perkara itu adalah seorang pakar bedah ortopedik di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed mengakui perkara itu memang benar-benar berlaku.

Dalam ciapannya di Twitter, beliau mendedahkan sebahagian besar daripada hand sanitizer mereka diambil dan dibawa pulang oleh pelawat dan juga pesakit mereka sendiri.

Tatkala semua pihak mencuba untuk membendung penularan wabak ini terutama mereka yang berada di barisan hadapan seperti petugas kesihatan, ada juga sebahagian daripada rakyat Malaysia yang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab ini.

Sudah pastinya perkara-perkara kecil dan remeh yang berlaku ini akan menyukarkan lagi usaha negara kita untuk pulih daripada COVID-19 secara sepenuhnya.

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan patuhilah segala arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan ketika ini. Bersama- samalah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menghapuskan penyebaran wabak berbahaya ini secepat mungkin.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai situasi terkini COVID-19 di negara kita. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Lebih 500 Disahkan Positif, KKM Gesa Ahli Jemaah Tabligh Terus Tampil Buat Pemeriksaan COVID-19

Masih Berkumpul Walaupun Dilarang, Netizen Kongsi Sikap Tidak Bertanggungjawab Rakyat Malaysia

Dr Dzulkefly Jelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung