Rasa bimbang mula menyelubungi sebahagian wanita apabila mereka dilaporkan telah menerima pesanan teks yang berbentuk peribadi daripada petugas pusat pemberian vaksin (PPV) sehingga mereka tertanya-tanya, ditahap manakah data peribadi mereka seperti nombor telefon bimbit dilindungi?

Petugas PPV ini dikatakan akan mengambil nombor telefon bimbit wanita yang didaftarkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) tanpa kebenaran wanita terbabit.

Sebahagian pula menyatakan bahawa petugas PPV tersebut akan mengambil gambar profil MySejahtera wanita yang diingini dan menganggu mereka dengan menghantar mesej berbentuk peribadi.

9d2ad7371ba0cb09a8992657f3f877a7
MalaysiaKini

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini semalam, seorang wanita bernama Ayu Syazreen Azmin memberitahu media bahawa dia diganggu oleh seorang lelaki petugas PPV ketika datang ke temu janji vaksinasi di Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam, Selangor pada 31 Mei lalu.

Ketika di kaunter pendaftaran, lelaki itu difahamkan bertanya soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan vaksinasi COVID-19 sehingga memaksa Syazreen untuk berbohong dengan mengatakan bahawa dia sudah berkahwin bagi mengelakkan daripada terus diganggu.

Namun kejadian itu tidak berhenti di situ, lelaki itu dilaporkan telah menghantar mesej pesanan ringkas melalui telefon bimbit Syazreen pada hari yang sama kejadian itu berlaku.

299f72ebacd74fd29d38a7088ed89471
MalaysiaKini

Manakala seorang lelaki yang dikenali sebagai Idris juga tampil membuka cerita di mana adik perempuannya berusia 18 tahun dihubungi kakitangan PPV Pusat Dagangan Dunia (WTC) selepas menerima suntikan vaksin pada 13 Julai.

Dia kesal bahawa kejadian mengambil nombor telefon tanpa kebenaran ini berlaku terhadap adiknya. Idris juga mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana petugas PPV yang melanggar privasi seperti ini.

Seorang lagi lelaki di Twitter turut berkongsi cerita yang sama dengan Idris apabila dia memberitahu bahawa adiknya juga turut diganggu oleh lelaki yang sama ketika temu janji vaksinasi di WTC dan mendesak agar petugas PPV itu dikenakan tindakan.

Difahamkan, sejak berita ini dimuat naik, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) telah mengambil tindakan terhadap petugas yang menggangu wanita. Namun tiada maklumat terperinci apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak JKJAV.

“CITF ingin memaklumkan bahawa tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas tersebut oleh agensi beliau, yang mempunyai dasar tiada tolak ansur dengan tingkah laku seperti yang telah dilaporkan,” katanya.

Lelaki berusia 20 tahun ‘kantoi’ menyamar jadi doktor di PPV Sarawak. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Berusia 20 Tahun ‘Kantoi’ Menyamar Jadi Doktor Di PPV Sarawak

Ubah Suai Bas Jadi PPV, Inisiatif Penuh Efisien Di Muar Ini Raih Pujian Orang Ramai

Sumber