Selepas pelbagai kontroversi yang melanda beliau tahun ini, PewDiePie bukan lagi YouTuber terkaya untuk tahun ini. Forbes baru-baru ni mengeluarkan senarai untuk artis YouTube yang mendapat pendapatan tertinggi tahun ini menerusi pendapatan yang mereka terima daripada YouTube serta sumber-sumber yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Felix Khellberg atau PewDiePie berdepan masalah apabila beliau mengeluarkan video dengan mesej anti-sematik serta perkauman beberapa kali tahun ini menyebabkan beliau dikeluarkan daripada senarai artis kegemaran YouTube serta Disney membuang beliau daripada Maker Studio.

Namun walaupun berdepan masalah ini, beliau masih menjana sekitar USD12 juta untuk tahun 2017 dan menerima tontonan lebih 60 juta daripada peminat setianya. YouTuber yang berasal dari England, DanTDM mengambil tempat PewDiePie sebagai YouTuber dengan pendapatan tertinggi tahun ini.

Mungkin ramai yang pertama kali mendengar nama DanTDM ini. DanTDM atau Daniel Middleton adalah YouTuber yang mula aktif di laman YouTube pada 2012 dengan bermain MineCraft dan Pokemon dan kemudiannya popular di Eropah dan kemudiannya seluruh dunia.

Beliau menjana pendapatan USD16.5 juta tahun ini selepas kejayaan siri rancangan ‘live’ dan jelajah dunia. Beliau juga kini sudah mempunyai 17 juta subscribers di YouTube serta 11 billion tontonan di channel YouTube beliau. Satu angka yang sangat dahsyat untuk sebuah channel YouTube yang berusia kurang 5 tahun.

Di bawah adalah 10 YouTuber dengan pendapatan tertinggi untuk tahun ini dan separuh daripada senarai ini menjadikan permainan video sebagai video utama mereka. Ryan ToysReview adalah YouTuber paling muda dalam senarai top 10 ini dan beliau baru berusia 6 tahun! Hebat bagaimana YouTube boleh menjadi medan untuk menjana pendapatan jika dibuat dengan betul.

1. Daniel Middleton (DanTDM) – USD16.5 juta

2. Evan Fong (VanossGaming) – USD15.5 juta

3. Dude Perfect – USD14 juta

4. Mark Fischbach (Markiplier) – USD12.5 juta

5. Logan Paul – USD12.5 juta

6. Felix Kjellberg (PewDiePie) – USD12 juta

7. Jake Paul – USD11.5 juta

8. Ryan ToysReview – USD11 juta

9. Smosh – USD11 juta

10. Lilly Singh (IISuperwomanII) – USD10.5 juta