Sehingga kini, lokasi keberadaan usahawan kosmetik terkenal dan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau mesra dipanggil Nur Sajat, 36 tahun, masih lagi belum diketahui oleh pihak polis.

Lantaran itu, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) telahpun mengedarkan gambar usahawan itu di seluruh pos kawalan keselamatan bagi memastikan Sajat tidak dapat membolosi pintu sempadan ke negara jiran, lapor Bernama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1018973
Timbalan Komander Briged Utara PGA ACP Mohd Noh Khamis (Kanan). Sumber: Bernama

Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd Noh Khamis berkata, gambar Sajat sudah diwar-warkan sejak beberapa bulan yang lalu namun sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang info mengenai usahawan kosmetik itu.

“Setakat ini, pintu sempadan sememangnya dikawal rapi dan orang awam tidak dibenarkan melepasi sempadan. Walau bagaimanapun, hanya kenderaan berat yang membawa barangan industri sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan sempadan.

“Kita akan meneruskan pemerhatian ketat di semua pos kawalan pintu sempadan dan hanya Thailand sahaja negara terdekat yang boleh dia (Sajat) keluar dari negara ini. Berkemungkinan juga dia melakukan penyamaran bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa,” katanya dalam satu sidang akhbar di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pada Rabu lalu berkata, Sajat menghilangkan diri dan berkemungkinan telah berada di luar negara selepas waran tangkap ke atasnya dikeluarkan sejak 23 Februari lalu.

Walau bagaimanapun, menerusi satu sesi live di Instagram-nya sekitar minggu lalu, Sajat mendakwa bahawa dirinya tidak melarikan diri daripada pihak penguat kuasa tempatan.

“Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!” kata Sajat menerusi menerusi live di Instagram sebelum ini.

Jika benar Sajat tidak melarikan diri, seelok-eloknya dia berserah diri kepada pihak berkuasa dan menyelesaikan isu kontroversi beliau itu dengan cara yang baik.

Gagal hadir ke mahkamah, JAIS kerah 122 anggota untuk buru Nur Sajat. Baca lagi pada pautan di bawah.

Gagal Hadir Ke Mahkamah, JAIS Kerah 122 Anggota Untuk Buru Dan Tangkap Sajat

PDRM Mohon Kerjasama Interpol Bantu Buru Dato Sri Nicky Liow

‘Kemunculan’ Semula Tengku Permaisuri Selangor Sebagai Pembaca Berita Raih Perhatian Ramai

Sumber