Perlumbaan untuk menyediakan vaksin COVID-19 telah disertai banyak syarikat dan terbaharu Pharmaniaga Bhd dalam satu kenyataan menjangkakan vaksin COVID-19 akan tersedia di Malaysia pada suku pertama atau kedua tahun 2021.

Pemangku pengarah urusannya, Mohamed Iqbal Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata bahawa, “Sebilangan besar dari mereka (pengembang vaksin) telah mengumumkan akan mengeluarkan vaksin pada akhir tahun 2020,” katanya kepada Malay Mail.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia turut berharap agar Pharmaniaga, yang kini sedang menjalani ujian klinikal di negara-negara seperti India dan China, akan mengambil pendekatan mendahulukan anak tempatan sebelum menawarkan kepada negara lain.

Bercakap pada pengumuman keputusan suku kedua tahun 2020 dan taklimat prestasi kewangan syarikat, Mohamed Iqbal, mengatakan bahawa vaksin tersebut akan mula tersedia kepada umum setelah mendapat persetujuan dari kerajaan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Nasional (NPRA).

Dia menambah bahawa syarikat itu turut mengepam sejumlah RM2 juta bagi mengguna semula loji suntikan jumlah kecil (SVI) yang ada di Puchong untuk proses pengisian dan penyelesaian vaksin COVID-19.

Kilang Pharmaniaga di Puchong memiliki peralatan yang diperlukan untuk proses mengisi dan menyelesaikan COVID-19, ia adalah kilang yang diluluskan dengan amalan pembuatan yang baik (GMP) dan satu-satunya kilang SVI di Malaysia dengan GMP Kesatuan Eropah.

Untuk rekod, Pharmaniaga mempunyai tujuh kilang di enam lokasi di Malaysia dan satu kilang di Bandung, Indonesia.

Terdahulu, vaksin yang bakal dikeluarkan oleh Bill Gates, CEO dan pengasas Microsoft, dijangka tiba seawal setahun lagi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Vaksin COVID-19 Keluaran Bill Gates Dijangka Tiba Seawal Setahun Lagi

Saintis ‘Risau’ Dengan Keberkesanan Vaksin COVID-19 Yang Dihasilkan Rusia

Vaksin COVID-19 Mungkin Tidak Dapat Ditemui Menurut Saintis Amerika Syarikat

Sumber