Disaat pengeluar smartphone terus mengejar kecekapan foto yang terbaik serta membandingkannya bersama DSLR, syarikat pengeluar kamera Phase One memilih haluan yang sedikit berbeza dengan melancarkan IQ3 yang hadir dengan kamera 100-megapixel. Jumlah pixel yang sangat besar untuk dibandingkan bersama beberapa jenama-jenama popular yang lain.

Namun apa yang membuatkan Phase One IQ3 ini unik bukanlah dari segi bilangan pixel yang tersedia namun syarikat ini turut mengesahkan model keluaran terbaru mereka ini cuma hadir dalam achromatic mode atau hitam dan putih sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan sebab utama Phase One memilih untuk melancarkan kamera dengan mod monokrom sahaja adalah kerana bagi membolehkan pengguna mendapatkan gambar dengan tona hitam putih dan detail yang terbaik disetiap foto yang diambil.

Sensor yang tersedia didalamnya juga cuma mampu memproses gambar monokrom berbanding penggunaan filter seperti yang tersedia buat beberapa model kamera yang lain.

Phase IQ3 turut didatangkan dengan fungsi Wi-Fi terbina serta mampu untuk mendapatkan foto dengan tatapan sehingga 51,200 ISO. Penyediaan skrin 3.2-inci touchscreen ini turut memudahkan pengguna. Berikut merupakan sampel gambar yang diambil meggunakan Phase One IQ3.

Buat peminat foto hitam putih, anda mungkin perlu mempertimbangkan sebelum mendapatkan kamera 100-megapixel ini kerana harga yang disertakan sememangnya sangat premium. Phase One IQ3 bakal mula dijual dengan harga $50,000 iaitu sekitar RM215,350.00.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Phase One IQ3.

Sumber