Jika anda merancang untuk ke Melaka dan tidak tahu hendak menginap di mana, kami cadangkan anda menempah penginapan di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka. Resort yang terletak di lokasi kurang seminit perjalanan dari Exit Ayer Keroh, 90 minit dari Kuala Lumpur dan 20 minit dari Tapak Warisan Dunia UNESCO ini benar-benar memiliki pemandangan yang cantik dan menakjubkan. Kami pasti, percutian anda di Melaka akan bertambah indah serta manis sekiranya anda menginap di Philea Resort & Spa.

photo013_high
Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka.

Kami merasakan ciri-ciri fizikal resort ini unik sekali kerana mengutamakan penggunaan kayu sebagai perincian utama reka bentuk bangunannya. Selain itu, bangunan-bangunan resort juga dikelilingi oleh pokok nan menghijau, mendamaikan mata yang memandang.

Philea Hotel (3)
Terasa seperti bukan berada di bandar Ayer Keroh.
Philea Hotel (9)
Mendamaikan serta boleh menghilangkan tekanan dengan pemandangan sebegini.

Pelbagai kemudahan telah disediakan buat para pengunjung yang memilih untuk menginap di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh iaitu antaranya:

  • Kolam renang
  • Bilik gimnasium dan sauna
  • Bilik karaoke Viva dan Voila
  • Bilik PhilliKids dan permainan
  • Spa Kesihatan Tanjung
  • Aktiviti rekreasi di sekitar resort
  • Tiga pusat lapangan golf (10-15 minit perjalanan kereta dari resort)
  • Pusat Boling Antarabangsa Melaka (10 minit perjalanan kereta dari resort)
  • Pusat perlindungan rama-rama dan reptilia (dalam jarak perjalanan kaki)
Philea Hotel (13)
Reka bentuk bangunan yang menarik.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menikmati aktiviti seperti melawat Taman Buaya Melaka, merasai sendiri pengalaman melawat Perkampungan Mini Malaysia dan juga bermain air di  Melaka Wonderland.

Ketiga-tiga lokasi tarikan orang ramai ini juga berada berhampiran dengan Philea Resort & Spa dan anda tidak perlu susah-susah untuk menempuh perjalanan yang panjang. Pendek kata, segala kemudahan dan tempat menarik sungguh berdekatan dengan lokasi penginapan anda sekiranya anda memilih Philea Resort & Spa.

photo011_high
Ada kolam renang peribadi lagi!
Philea Hotel (1)
Tak sabarnya hendak ke sini.

Reka bentuk dalaman bilik penginapan resort ini juga memang wow!

Philea Hotel (2)
Ruang bilik dengan katil perseorangan.
Philea Hotel (19)
Ruang bilik dengan kemudahan katil berdua.

Lagi pemandangan landskap di sekitar Philea Resort & Spa.

Philea Hotel (15)
Pemandangan kolam renang dan tasik. Lawa!
Philea Hotel (7)
Bayangkan anda bersantai petang di sini.
Philea Hotel (8)
Seronoknya dapat berenang di sini.

Dan ini pula pemandangan pada waktu malam. Fuh! Memang cantik!

Philea Hotel (18)
Sungguh romantis.
Philea Hotel (17)
Pemandangan waktu malam yang mempesonakan.
Philea Hotel (16)
Cantiknya!

Untuk maklumat lanjut berkenaan resort ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi mereka. Mereka juga boleh dihubungi melalui talian 06-289 3399.

Anda juga boleh terus menempah percutian anda di Philea Resort & Spa di sini.

BACA: Fuud & Co, Ayer Keroh, Melaka Sediakan Makanan Laut Dan Barat Di Bawah Satu Bumbung