Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Amalan membersih dan menghias rumah ketika tiba musim perayaan sangat sinonim bagi segelintir masyarakat di negara ini.

Pelbagai persediaan dibuat bagi memastikan setiap sudut rumah berada dalam keadaan bersih dan sempurna sebelum menyambut ketibaan tetamu.

Namun, tanpa peralatan yang lengkap, kerja membersihkan rumah pasti menjadi sukar dan mungkin memakan masa lebih lama.

Memahami keperluan itu, pengeluar jenama perkakas elektronik terkemuka, Philips tampil memperkenalkan vakum SpeedPro Aqua Cordless Stick.

Hapus 98 peratus debu, kotoran

Ciri utama yang menarik perhatian pengguna adalah fungsi vakum dan mop dalam satu peranti yang diyakini menawarkan pengalaman pembersihan lebih pantas serta efisien.

Mana tidaknya, sambil anda menyedut kotoran, SpeedPro Aqua Cordless Stick berkerja serentak mengemop lantai sambil menawarkan jaminan pembasmian bakteria sehingga 99 peratus.

Tugas mengemop juga menjadi lebih mudah kerana sistem pelepasan air dilaksanakan secara terkawal bagi mengekalkan kelembapan optimum pada semua permukaan sepanjang proses pembersihan.

Selain itu, pengguna juga tidak perlu risau kerana pad mikrofiber mop boleh dicuci dengan mudah menggunakan tangan atau mesin basuh.

Sebagai nilai tambah, ia turut disertakan teknologi AquaBoost yang berupaya membersihkan kotoran degil dengan lebih cepat sekali gus menjimatkan masa.

Untuk hasil cucian lantai yang lebih bersih dan wangi, pengguna disarankan untuk menambah cecair pembersih lantai (detergen) ketika proses mengemop.

Tahan sehingga 50 minit

Vakum SpeedPro Aqua Cordless Stick hadir dengan muncung sedutan 180 darjah, menawarkan liputan sedutan lebih sempurna dan berkuasa.

Berdasarkan ujian, vakum ini mampu menyedut sehingga 98 peratus habuk dan kotoran pada setiap permukaan termasuk tempat yang sukar dicapai dan tersembunyi.

Selain itu, vakum ini juga dilengkapi dengan lampu LED pada bahagian muncung vakum bagi memudahkan pengguna mengesan debu, rambut atau serpihan kecil.

Dengan adanya sistem pencahayaan sebaik ini, sisa kotoran tersembunyi atau debu halus yang sukar dilihat juga dapat dibersihkan dengan baik.

Sistem vakum, mop

Dari segi prestasi, vakum ini dilengkapi dengan bateri litium 21.6V Li-Ion berkuasa tinggi yang mampu berfungsi sehingga 50 minit dalam mod biasa dan 22 minit untuk mod turbo sebelum perlu dicas semula.

Lebih mengagumkan, vakum SpeedPro Aqua Cordless Stick juga dimuatkan dengan motor PowerBlade yang berupaya menghasilkan kuasa sedutan angin berkelajuan tinggi.

Selain itu, teknologi Power Cyclone 7 pula membantu vakum mengasingkan udara dengan debu dengan baik bagi memastikan hayat dan prestasi vakum lebih berpanjangan.

Mudah digunakan

Sementara itu, vakum SpeedPro Aqua Cordless Stick disertakan dengan pelbagai aksesori dan perkakasan pembersihan yang sangat mudah digunakan dengan hanya satu klik.

Pemegang vakum direka boleh tanggal menjadikannya dua peranti dalam satu, manakala berus pembersih yang dipasang terus pada tiub menjadikan ia mudah untuk membersihkan siling dan rak.

Vakum ini juga hadir dengan tangki simpanan debu pada bahagian atas, membolehkan pengguna merendahkan vakum sehingga rapat ke lantai bagi membersihkan ruang sempit di bawah perabot.

Lebih menarik, tangki simpanan itu juga unik kerana ia mudah ditanggal dan dibersihkan tanpa menyebabkan debu bertebangan di udara.

Vakum ini turut disertakan dengan penapis boleh basuh yang berupaya memerangkap debu halus atau spora, memastikan aliran udara bersih di samping menawarkan prestasi terbaik sepanjang masa.

Dapatkan sekarang!

Dengan segala kelebihan ditawarkan, tidak hairan jika vakum SpeedPro Aqua Cordless Stick menjadi pilihan utama pengguna di negara ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vakum SpeedPro Aqua Cordless Stick, layari pautan ini.

Ini beberapa artikel yang trending pada ketika ini. Baca pada pautan di bawah.