Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kerja menggosok pakaian bukanlah kegemaran semua. Lebih-lebih lagi ketika mengejar masa untuk ke tempat kerja, menggosok baju yang banyak kedutan memerlukan masa lebih lama.

Membantu rakyat Malaysia menyelesaikan tugas menggosok baju penuh gaya, Philips memperkenalkan siri PerfectCare Steam Generator 7000 – Hero Model-PSG7130.

Siri PerfectCare Steam Generator 7000 direka untuk keselesaan dan kemudahan anda untuk mendapatkan gosokan terbaik serta pantas dengan wap automatik.

Dengan teknologi OptimalTEMP, anda akan mendapat hasil gosokan terbaik dengan satu tetapan suhu paling ideal.

Dengan adanya teknologi OptimalTEMP juga, Philips menjamin tiada kesan terbakar pada semua jenis fabrik yang boleh diseterika apabila ditinggalkan tanpa pengawasan.

Anda boleh meninggalkannya dengan selamat pada pakaian atau papan seterika.

Kuasa stim berkuasa pada siri PerfectCare Steam Generator 7000 juga mampu menghilangkan kesan lipatan pada baju, menjadikan kerja menggosok lebih mudah.

Siri PerfectCare Steam Generator 7000 direka ringan pada berat hanya 800g dan selesa dipegang.

Ia turut dilengkapi teknologi tapak SteamGlide Elite bagi memudahkan seterika meluncur untuk menghilangkan kedutan degil dan sesuai digunakan untuk menggosok pada apa jua jenis permukaan atau secara menegak seperti langsir atau baju raya untuk ahli keluarga.

Ia turut disertakan tangki air boleh tanggal berkapasiti 1.8 liter yang mudah untuk diisi semula.

Bagi memanjangkan jangka hayat seterika, siri PerfectCare Steam Generator 7000 dilengkapi ciri Easy De-Calc selain automatik dimatikan apabila seterika dibiarkan tanpa pengawasan dan disertakan kunci keselamatan bagi memudahkan ia dibawa ke mana sahaja.

Layari laman web Philips untuk maklumat lanjut mengenai siri PerfectCare Steam Generator 7000 daripada Philips ini.

Perkara yang sering kita kongsi bersama di bulan Ramadan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Perkara Yang Sering Kita Kongsi Bersama Di Bulan Ramadan

Tak Perlu Jahit Lencana Sekolah Jika Anda Guna Cara Ini

Hadiah Kahwin Unik Dan Penuh Makna Daripada Seorang Pakcik