Teknologi pengecasan tanpa wayar bukanlah sesuatu yang baru buat telefon pintar. Mula diperkenalkan oleh Samsung pada tahun 2015, teknologi ini dilihat mati hidup semula selepas perkenalan model terbaru Apple yang hadir dengan teknologi inovatif ini.

Disebalik kecanggihan pengecasan tanpa wayar, syarikat daripada Pi ini mendapati terdapat sesuatu yang perlu diubah bagi memastikan teknologi ini terus berkembang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

DKF5Ta6WkAAHWlL

Mendapati saiz charging hub yang terlalu kecil untuk menampung pelbagai peranti pada masa akan datang, syarikat Pi hadir dengan sebuah solusi dengan mengeluarkan produk Pi Charging. Sebuah charging hub pertama di dunia yang membolehkan pengguna mengecas peranti tanpa perlu meletak diatas Pi Charging secara terus.

Lebih menarik, penggunaan teknlogi yang disebut sebagai magnetic charging membolehkan Pi Charging mengalirkan tenaga kepada 5 peranti berbeza secara serentak. Dalam erti kata lain, anda berpeluang untuk mengecas smartphone Android, iOS serta smartwatch anda secara terus melalui Pi Charging.

DKLLhaPXcAEdrJB

86691373-86691453

Buat masa ini syarikat ini mengesahkan Pi Charging masih lagi dalam fasa terakhir sebelum dijual kepada umum. Memandangkan teknologi yang dikeluarkan ini masih baru, sudah pasti harga yang diumumkan juga agak tinggi. Dikatakan harga sekitar $200 (~RM848.40) antara yang bakal ditawarkan buat para pengguna bermula tahun depan.