Kebanyakkan motosikal elektik rekaannya pasti sangat skema tetapi tidak bagi motosikal buatan Jerman ini. Syarikat Gulas menghasilkan PI1S, sebuah motosikal elektrik yang ringan dan dikelaskan sebagai kenderaan 125CC. Sekali pandang terus jatuh cinta dengan motosikal elektrik ini!

Dengan kuasa 38HP, kelajuan tertinggi yang boleh dicapai motosikal ini adalah 115km/h. Pantas bukan? Tetapi anda perlu buat kayuhan yang kuat sekiranya ingin mencapai kelajuan berkenaan. Secara amnya, anda masih perlu membuat kayuhan untuk menggerakkan motosikal ini dan kayuhan anda akan menentukan kelajuan motosikal elektrik ini.

Motosikal elektrik ini akan hadir dengan dua pilihan bateri; bateri yang tahan untuk jarak 125KM atau 200KM untuk satu pengecasan penuh. Menurut Gulas, PI1S akan memberi satu keseronokkan untuk pembelinya apabila menyusuri jalan pada kelajuan tinggi walaupun mereka sebenarnya menaiki kenderaan elektrik. Namun, anda perlu mendaftarkan motosikal ini di bawah motorsikal dan bukannya basikal dan perlu memakai helmet ketika menunggang.

Ianya sangat praktikal untuk dipakai di dalam bandar sekitar Eropah dan anda boleh test ride sendiri model ini sekiranya anda berada di Berlin.

Walaupun konsep dan rekaannya yang sangat awesome, harganya agak tinggi untuk sebuah motosikal elektrik. Harganya? 23,400 Euro (lebih kurang RM116 ribu). Kalau masuk pasaran Malaysia mungkin berganda harganya. Naik EX5 sajalah jawabnya.

gu2

gu3

gu4

gu5

gu6

gu7